Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Alam rumah tangga pasti akan rasa sunyi tanpa kehadiran si kecil. Dengan gelak ketawanya mampu menghilangkan rasa stress dan menyedarkan diri kita bertapa besarnya anugerah Tuhan pertanggungjawabkan kepada hambaNya.
HARGAI BAYI KECIL
Mengikut kajian, berapa ramai lagi pasangan di luar sana masih berusaha mendapatkan zuriat. Hingga kan menunggu bertahun-tahun lamanya. Itu lah dinamakan ujian untuk kita gagah bersabar dan terus berusaha berdoa.
MOMEN PALING SERONOK KETIKA ANAK MASIH LAGI KECIL
Berbalik kepada kehadiran si kecil ini, lumrah kehidupan akan didatangkan dengan ujian membesarkan mereka. Ada peel yang kerap menangis dan ada pula senang dikawal tak menangis langsung. Anda perlu tahu! Usia bayi yang paling diingat dan seronok dinikmati adalah antara usia 1 ke 3 tahun.
Pada peringkat ini, bayi kecil memerlukan perhatian sepenuhnya dari ibu bapa. Di sini lah, ibu dan bapa perlu mainkan peranan sewajarnya. Otak mereka mula berfungsi untuk mengikut serta kenal cara membesar.
AYAH MEMBEBEL KEPADA BAYI KECIL
Terbaru, apa yang menarik perhatian netizen di laman sosial adalah tularnya satu video seorang bapa melayan anaknya ketika membancuh susu. Momen lucu ini mendapat tontonan lebih dari 1 juta di Facebook.
MUKA TAK BERSALAH LA PULAK!
Apa yang menariknya adalah si bapa dengan wajah selumber membawa segala bahan untuk membancuh susu ke dalam bilik dan mengajar anaknya. Dengan versi membebel lelaki, si bapa mengajar satu per satu kepada anaknya meskipun anaknya nak berjalan pun rasanya tak pandai lagi.
Pandai pula si kecil ini diam dan mendengar cara bersahaja ayahnya membebel. Yela, bukan mudah nak tengok orang lelaki ni jaga bayi. Rasanya nisbah 1 dalam 1000 kalau ada pun kan? Difikirkan kembali, rasanya si kecil tu tak jadi lapar kerana kekenyangan mendengar bebelan si ayah.
KREDIT VIDEO
Macam penulis maklumkan, sebenarnya elok untuk ibu bapa mengajar anak kecil meskipun mereka masih kecil. Tambahan mengajak mereka berbual kerana dengan ini bayi merasakan interaksi langsung melalui pendengaran dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir.
Sumber: Facebook Kecik Laugh Shariff