Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jangan tuang minyak! Mawar Karim menempelak “orang dekat” masuk campur urusannya & Fizo Omar

Sebagaimana umum mengetahui rumah tangga antara Mawar Karim dan juga Fizo Omar telah pun bertemu penghujungnya tiga bulan yang lalu. Disebab itu, mereka berdua mengambil keputusan untuk menamatkan operasi bagi Fizomawar Kitchen bagi semua cawangannya pada hujung bulan ini.

KHABAR ANGIN PENJENAMAAN SEMULA FIZOMAWAR KITCHEN

Sejak akhir-akhir ini, ura-ura mengatakan restoran tersebut akan dibuka semula tapi kali ini hadir dengan penjenamaan baru. Jadi, adakah ini satu taktik mereka untuk melariskan lagi jualan? Namun, menurut Mawar, khabar angina tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Sumber Instagram

BACA: [Video] Maaf,berat untuk luahkan! Akhirnya Fizo Omar, Mawar akur tutup operasi Restoran Fizomawar

TUTUP ADALAH JALAN TERBAIK

Mereka berdua telah berbincang dan nekad dengan keputusan dibuat bagi menghormati keadaan mereka yang kini sudah tiada ikatan apa-apa. Itu adalah jalan yang terbaik meskipun ramai pelanggan yang mahu restoran tersebut diteruskan.

Sumber Instagram

Sehingga kini, Mawar tidak mendedahkan alasan sebenar restoran mereka ditutup. Dia meminta agar semua pihak menghormati keputusan yang dibuat disebabkan faktor peribadi. Hanya mereka berdua sahaja yang melalui detik jatuh bangun selama Fizomawar Kitchen beroperasi.

“Rata2 sy mendapat feedback memberi pendapat ‘rebranding’ restaurant ini. Sy dan Fizo mempunyai alasan yg sngt personal. Terima kasih kalian yg sangat memahami situasi kami. Di sini jgk terlalu peribadi utk sy ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah sy dan Fizo keluarkan’.”

Sumber Instagram

“‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung sy terima selama 4 tahun FMK.’ Mari kita doakan Semoga Fizo dapat terus kan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dlm bidang ini sangat mendalam.” Jelas Mawar.

JANGAN NAK REKA CERITA, TUANG MINYAK DALAM API

Mawar turut meminta agar tiada pihak terutamanya yang terdekat antara dia dan Fizo dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengelirukan ramai pihak. Sekali gus ianya bercanggah dan boleh timbulkan tanggapan negatif terhadapnya dan juga Fizo.

Sumber Instagram

“Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan sy dan Fizo. Anda hanya melihat,mendengar tetapi sy dan Fizo shj yg tahu perkara /merasa perkara yg sebenar berlaku. Erti kata tidak perlu menuang minyak ke dlm api ataupun tidak perlu la menegak benang yg basah.” Tambah Mawar lagi.

MASIH ADA AMANAH YANG PERLU DIJAGA

Di samping itu, Mawar ada menegaskan meskipun hubungan mereka sudah pun berakhir, tetapi masih ada tanggungjawab yang perlu dijelaskan iaitu membesarkan anak mereka, Maryam. Memberi didikan dengan penuh kasih sayang adalah fokus utama Mawar kini.

Sumber Instagram

Diharap dengan kenyataan Mawar ini dapat menjawab segala kekeliruan dengan berita yang tersebar. Sama-sama kita doakan agar Mawar dan juga Fizo dalam keadaan baik dalam kehidupan masing-masing kelak.

Sumber: Instagram Mawar Karim, Fizo Omar

Kongsi artikel ini: