Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kewujudan media sosial memberikan banyak manfaat kepada pengguna pada masa kini. Antaranya memudahkan kita menerima maklumat dengan lebih pantas dan jelas. Tetapi anda perlu tahu maklumat yang tersebar perlu ditapis agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah tertentu.
PLATFORM MEDIA DISALAH GUNA
Dengan kemudahan ini sudah pasti ada kesan kurang baiknya. Ada segelintir masyarakat kita menjadikan platform media sosial sebagai tempat menghilangkan stress dengan membahan orang lain. Dalam erti kata mudah bodyshaming di atas kelemahan orang lain.
MHI MENGUPAS TAJUK BODYSHAMING
Majoritinya selebriti sering menjadi mangsa keadaan yang mana terkena tempias budaya memalukan kelemahan orang di media sosial ini. Sehubungan dengan ini, rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) ada mengupas tajuk bodyshaming yang semakin menjadi-jadi.
Antara jemputan yang dijemput pada acara tersebut adalah pelakon Zulin Aziz, model albino Azfar Firdaus dan juga lelaki sado yang pernah tular Shazwan Zafran. Kesemua mereka ini pernah menjadi bahan jenaka di media sosial gara-gara menyalah tafsir apa yang mereka kongsikan.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila Azfar dilihat sempat membongkar semula kejadian lalu yang mana abang sado, Shazwan Zafran pernah menjadikan model albino ini sebagai bahan ejekan di laman Twitter miliknya.
KENA SETEPEK ATAS MUKA
Shazwan dalam twitnya mengaitkan satu isu yang dikongsikan Astro Awani berkenaan mangsa albino di Negara luar dan memetik nama Azfar agar ia terjadi perkara yang sama. Akui Azfar itu adalah tindakan yang ramai orang tak sedar. Jari-jari yang menulis mengkritik dijadikan amalan biasa tanpa memikirkan kesan kepada mangsa.
KREDIT VIDEO
Kesimpulannya, jadilah sebagai pengguna alam maya yang bijak dalam menilai. Untuk menegur perkara yang dituntut dalam agama sekiranya ada yang bertentangan. Namun harus ingat, gunalah dalam bahasa yang sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
Rata-rata masyarakat kita salah sangka dengan perkataan “menegur” dengan “memalukan” ini. Bagi mereka keduanya adalah sama walhal jauh bertentangan. Apa pun kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan malah mempunyai kelemahan diri masing-masing.
Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official