Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak sedar diri! Aishah Azman menumpang Syafie Naswip, pengurus dedah kisah kemelut putus tunang

Umum sudah pun mengetahui kisah percintaan antara Syafie Naswip dan Aishah Azman terlerai di tengah jalan. Biar pun mengambil keputusan mengikattali pertunangan namun secara tiba-tiba digemparkan dengan mereka mengambil keputusan untuk putus.

Sumber Instagram

MENJADI TANDA TANYA RAMAI PIHAK

Hampir 4 bulan kisah mereka menjadi tanda tanya ramai peminat. Sehinggakan timbul ura-ura mendakwa Syafie Naswip ada mengugut dan mendatangkan unsur kecederaan kepada bekas tunangnya itu.

SYAFIE NASWIP GAGAL DIBUKTIKAN BERSALAH

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut berakhir apabila pada Rabu lalu, pendakwa raya membuat keputusan Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang cukup membuktikan Syafie terbukti bersalah.

Sumber Instagram

PENGURUS DEDAH KISAH SEBENAR

Banyak kisah spekulasi menyelubungi Syafie dalam kes putus tunangnya. Antaranya dituduh ada hubungan sonsang. Lalu, kecoh semalam apabila pengurusnya iaitu Badrul Hashim mengkongsikan kisah sebenar apa yang berlaku menerusi instagram.

PART SATU PENDEDAHAN: SYAFIE NASWIP DISOAL SIASAT

Sumber Instagram

Allahuakbar!
itu perkataan pertama keluar daripada mulut aku apabila diberitahu oleh peguam Ash. bersyukur sangat.

“abang, polis suruh datang balai bagi keterangan”.

aku teringat kata-kata ni bila ayie telefon aku macam baru semalam je. kelam kabut call sana sini tanya kawan-kawan kerana tak pernah terfikir sesuatu yang macam ni akan berlaku kepada seorang insan yang aku anggap seperti adik yang punya perwatakan yang sungguh merendah diri dan sentiasa hormat pada semua orang.

kami berempat ke balai polis, aku, ayie, pawi dan jiggy. tak dibenarkan masuk kerana ayie seorang saja yang perlu diambil keterangan. daripada pukul 7 petang menginjak ke hampir 12 tengah malam aku, pawi dan jiggy di luar.

tiba-tiba keluar seorang pegawai polis, “abang bad mana? jom masuk!”. menggeletar lutut aku tapi aku tabahkan hati demi seorang adik yang terpaksa melaluinya.

jam terus berdetik. 12. 1. 2. 3. aku masih di dalam bersama ayie ketika jam menunjukkan 3 pagi. aku tak boleh ceritakan apa yang berlaku di dalam. tapi di luar ada mala petaka lagi. si ibu yang datang dengan anak beranaknya menjerit-jerit.

“apa si botak tu buat kat dalam?!? dia tu media!”

hoiiii perempuan! aku lebih daripada media, aku abang kepada adik beradik aku di situ! aku ahli keluarga walaupun bukan darah daging. sesuatu yang kau tak akan faham dengan hati kau yang hitam dan kotor.

“hah buat muka simpati! yalah, orang dah tak ada mak bapak kan!” sambil perempuan tua itu menjeling ke arah pawi. mungkin korang fikir aku baru saja nak tulis semua ni. tidak! aku dah catitkan semuanya pada hari kejadian lagi kerana janji aku, semua cerita ini aku akan sampaikan kembali selepas kes selesai dan kini kes sudah selesai.

aku keluar dari balai polis lewat pagi kerana ayie harus ditahan reman. kalau aku tak dapat gambarkan perasaan aku ketika itu, aku memang tak boleh nak ceritakan apa yang dilalui oleh ayie. sepanjang balik ke rumah aku menangis. bagaimana ada manusia yang boleh membuat tuduhan hanya kerana nak selamatkan maruah sendiri.

dia perempuan baik? selalu share doa? nanti aku ceritakan bagaimana tiga beranak tu tumpang rumah ayie hampir sebulan sebab nak larikan diri…

PART DUA PENDEDAHAN: BUAT KEPUTUSAN UNTUK PUTUS TUNANG

Sumber Instagram

“abang rasa ayie ni jahat ke?” tanya ayie sambil pandang muka aku. aku nampak ada air mata mengalir.

aku gelengkan kepala. “ayie bukan jahat, ayie manusia.”

cerita malam sebelum dia buat keputusan untuk putus. aku faham perasaan dia yang sesak dada cari cara terbaik.

aku bagi choices, pros and cons, cadangan dan pandangan. semua untuk beri dia jalan buat keputusan.

kami borak sampai pagi. banyak kesalan dan kepedihan. subuh tu farah, jiggy dan pawi sampai rumah aku. farah bagi pandangan tapi yang dua lagi tak campur. nekad, ayie buat keputusan untuk putus.

“abang, nanti ikut ayie pergi rumah dorang ya?” aku angguk untuk sedapkan hati dia.

pagi tu si perempuan call. sebab phone ayie pecah, dia kena guna loud speaker jadi aku dengar jelas perbualan mereka.

“kenapa awak kat rumah abg bad? kenapa awak kat sana? kenapa tak tidur kat rumah? saya sayang awak! kenapa awak buat macam ni?” semua dalam satu nada yang panjang. aku dengar pun bingit, tapi aku ingat masih ada harapan. ayie sambung perbualan di luar rumah. tinggi suara kedua-dua tapi aku tak dapat tangkap butirannya.

masuk dalam rumah, ayie ulangi lagi. “petang ni abang ikut ayie ya?” tapi aku pujuk dia. “kita mintak cara baik, kita putus pun kena cara baik. bawa mak dan ayah, abang ikut sekali,” pujuk aku. dia setuju dan telefon mak.

petang kami ke gombak sebelum ke rumah perempuan. aku pesan pada ayie supaya ‘keep it simple’. minta maaf. tak ada jodoh. ulang. itu jer.

aku tak masuk dalam. aku tahu perempuan tua tu tak suka ada orang luar. banyak kali kot dia cakap pawi orang luar sebab anak angkat walaupun mak jaga pawi sejak di bangku sekolah lagi. aku ni apalah sangat. jadi cerita yang aku dapat berlaku dalam rumah adalah dari ayie, ayah dan mak.

masuk kereta ayah dah bising. “dorang ingat kita ni siapa boleh ugut-ugut?” ayah bersuara. rupa-rupanya si perempuan tua tu sound ayie jangan nak bercerita pasal keluarga dia. si bapak cakap keluarga dia ada ramai lawyer. aku sebenarnya dah tau banyak pasal keluarga dorang sebab bff aku sepupu si bapak. tau banyak!

aku happy bila ayie kata dia rasa lega, hilang beban yang berat. tapi tak habis lagi rupanya. ciss!

PART KETIGA PENDEDAHAN: BETUL KE SYAFIE ADA HUBUNGAN SONGSANG?

Sumber Instagram

untuk tahu punca fitnah hubungan sejenis ni, kita tb sikit. prosesnya melibatkan ‘penyingkiran’ salah seorang ahli keluarga di atas. teka siapa? pawi! betul! proses bermula secara halus saja sebelum bertukar jadi agresif.

bermula dengan soalan-soalan seperti “lama mana pawi nak kerja dengan awak? pawi tu taknak kerja sendiri ke?” hinggalah kepada lebih agresif seperti “nanti dah kahwin pawi tak duduk sama-sama kan?”

kemudian proses tersebut dijalankan lagi dengan cara ‘tolong’ buat resume untuk pawi hinggalah tracking sama ada pawi hantar resume dia atau tak. sanggup datang ambil ayie kat rumah, pergi mitsui nak cari kerja kosong buat pawi. cubaan untuk jauhkan pawi. setiap masa topik pawi keluar bila berbual sampai ayie pun terpengaruh dan gaduh dengan pawi. masalah dorang? sebab pawi anak angkat dan dianggap orang luar. yup!

tapi ini adalah fakta yang ramai tak tahu. rumah yang mereka beli tu adalah duit mereka bersama dan dibeli untuk mak! diulang, untuk mak! sejak 2016 pawi tak pernah ambil ‘gaji’ ikut jumlah sepatutnya. semua guna bayar rumah. pawi bercuti ke bali kumpul duit sikit-sikit pun kena tuduh pakai duit ayie. hey! kalau pun dia pakai duit ayie, which is dia tak pakai, still duit adik beradik dorang. kenapa korang susah hati sangat?

makin hari asyik nama pawi saja naik dalam perbualan. pelik lah. aku susah payah ajar dan didik pawi jadi pengurus yang baik untuk ayie, tetiba kau pulak yang sibuk nak buang pawi dan halau dia dari rumah yang guna duit dia jugak. kalau cik murai tau mesti dia dah jerit “motifffff!!!”

pawi seorang pengurus artis yang bijak. dia tahu buat breakdown skrip, coordinate pakaian, jaga konti, susun jadual, jaga call time dan semua berkaitan lakonan. pr skill dia juga bertambah baik di bawah jagaan ehem aku lah! so apa kejadahnya dia kena cari kerja lain?

nak tahu tahap mana dorang ‘obses’ pasal pawi? siap bincang dalam group family dorang! mana kita orang tahu? Allah nak tunjuk. phone ayie rosak, dia bagi pinjam phone. ayie masuk simcard dia, tapi tersalah tekan kat whatsapp. semua whatsapp perempuan tu keluar kat phone. hah, Allah nak tunjuk, tuan puan. haish tak muat dah.

Itu sahaja yang sempat penulis kongsikan. Sebenarnya panjang lagi pendedahan dari Badrul Hashim ini. Semoga dapat menjawab sedikit sebanyak segala ragu-ragu peminat berkenaan kisah cinta Syafie dan Aishah Azman ini. Doakan agar kemelut ini berakhir secara baik.

Sumber: Instagram Badrul Hashim

Kongsi artikel ini: