Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi merupakan antara artis kacukan yang mula mencipta nama dalam seni lakonan. Wajahnya sering memenuhi kaca televisyen bukan hanya kerana rupa paras yang cantik malah berbekalkan bakat lakonan yang mantap.
WATAK ANTAGONIS YANG MENJADI
Terbaru, watak antagonis yang dibawanya dalam drama Lelakimu Yang Dulu sangat menjadi sehinggakan ramai yang mula geram dengannya. Rupanya pelakon cantik kacukan Malaysia-Australia ini bakal menamatkan zaman bujangnya pada 9 November depan.
MAJLIS BRIDAL SHOWER
Menanti detik tersebut, Nadia telah mengadakan majlis ‘bridal shower’ semalam. Momen tersebut telah dikongsikannya menerusi laman instagram. Difahamkan majlis itu diadakan di sekitar ibu kota dan dihadiri oleh kenalan rapat sahaja.
Tak puas mata memandang kecantikan Nadia pada majlis tersebut. Dengan tampil dress berwarna merah sudah pasti menaikkan lagi seri bakal pengantin. Namun, sebagai selebriti sudah pasti tidak dapat lari dari menerima kritikan masyarakat.
SEBIJIK MACAM IKAN SARDIN DALAM TIN
Menjengah ke ruangan instagram miliknya, ada individu yang meninggalkan komen bahawa penampilan yang ditunjukkan oleh Nadia ini sama pula dengan ikan sardin dalam tin. Mungkin faktor warna dress menjadikan individu berkenaan berfikiran sedemikian.
ARTIS SENDU, IKUT CARA ORANG BUKAN ISLAM
Selain itu, dapat diperhatikan ada komen netizen lain yang menganggap Nadia adalah artis sendu seolah-olah tidak berpuas hati dengan majlis yang diadakan ini. Individu berkenaan juga turut memesan agar tidak terlalu mengikut cara orang bukan islam dalam membuat dan menayangkan majlis sebegini.
Walau bagaimanapun, komen-komen berkenaan tidak mendapat maklum balas dari pihak Nadia. Mungkin pandangan negatif segelintir netizen tidak perlu diambil berat bagi tidak memanjangkan keadaan. Maklum lah masing-masing mempunyai pandangan dan impian yang tersendiri.
Rata-rata netizen lain memujinya cantik dan tidak lupa mengucapkan tahniah buatnya. Apa pun sama-sama lah kita doakan agar Nadia dan pasangannya, Muizz Nasruddin dipermudahkan segala urusan dalam menuju mahligai yang bakal dibina. Untuk netizen pula, berhati-hatilah dalam menegur dan gunalah bahasa yang lebih sopan agar mudah disambut baik.
Sumber: Instagram Nadia Brian