Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tiada ubat untuk muka saya! Izara Aishah tegur netizen ambil kesempatan masalah kulit mukanya

Nama Izara Aishah jarang kita dengar semenjak menjadi isteri kepada Adib Khalid, anak tiri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Izara atau nama penuhnya Izara Aishah Hisham ini dilahirkan pada 28 September 1992 dan berasal dari Kampung Bakar Batu, Johor Baharu. Dia memulakan kerjaya seni setelah menyertai Dewi Remaja 2009/10.

Sumber Instagram

GAMBAR WAJAH DIAMBIL KESEMPATAN

Tidak hairan lah dengan rupa parasnya yang cantik menjadikan ramai pihak yang cuba mengambil kesempatan. Terbaru, Izara Aishah telah menegur seorang wanita di laman twitter miliknya setelah wanita tersebut dikatakan menggunakan gambarnya yang sedang mengalami masalah jerawat bagi tujuan penjualan produk.

Izara memberitahu yang masalah kulit yang dialaminya itu adalah bukan daripada masalah produk penjagaan kulit. Ianya disebabkan oleh solekan, pemakanan dan juga masalah hormone dalam dirinya.

Sumber Twitter

“Menipu untuk jual product sendiri ya Nita? No my skin is like that because of make up, kacang and hormones. No skincare products can treat except medicines from doctors. Sminggu Nanti ok la sissss.” Tulis Izara di laman Twitter miliknya.

TIADA PRODUK PASARAN YANG BOLEH MEMBANTU

Izara turut menyatakan yang tiada produk penjagaan kulit yang mampu mengubati masalahnya melainkan ubat dan perhatian daripada doktor. Dia juga ada berselorah kepada wanita berkenaan agar jangan risaukan keadaan kulitnya kerana ianya adalah keadaan biasa dan pulih dalam masa seminggu.

Sumber Instagram

KISAH SEBELUMNYA

Sebelum ini, wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai @BiscuitTeacher menyatakan masalah kulit yang dihadapi oleh Izara disebabkan pengguna produk sabun kayman yang mana boleh membuatkan kulit aktres cantik tersebut kering dan mudah sensitif.

Sumber Instagram

Wanita berkenaan dilihat sempat mempromosikan produk penjagaan kulit yang dijualnya agar menyelesaikan masalah tersebut. Namun, status tersebut telah dipadamkan dari laman Twitter mungkin berasa gusar menjadi lebih melarat.

Konklusinya, jangan mengambil jalan mudah ataupun mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain dalam urusan perniagaan. Lebih berhati-hati untuk mempromosikan produk perniagaan sendiri agar nanti tidak timbul sebarang masalah. Maklum lah sekarang ni pantang salah sikit, terus jadi kes mahkamah.

Sumber: Twitter Izara Aishah

Kongsi artikel ini: