Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Macam dah agak! Selepas hebat diuji, ini hadiah misteri Aliff Syukri buat Datin Shahida sebagai tanda pujuk

Sebelum ini, rumah tangga usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Aliff Syukri menggemparkan ramai pihak apabila rumah tangganya bersama Datin Nur Shahida Mohd Rashid ibarat retak menanti belah. Mana tidaknya apabila Aliff Syukri sendiri memuat naik kepsyen-kepsyen sedih menyelubungi hubungan mereka.

Sumber Instagram

PERKONGSIAN BONDA ROZITA

Tak terlepas juga apabila ibu Aliff iaitu Bonda Rozita turut memuat naik status nasihat kepada anak dan juga menantunya itu agar lebih bersabar dengan ujian yang sedang dihadapi dan jangan terlalu mengikut perasaan dalam membuat keputusan.

BACA: Retak menanti belah! Bonda Rozita beri gambaran perkahwinan anaknya, Aliff Syukri dilanda badai

HUBUNGAN KEMBALI PULIH

Alhamdulillah hasil berkat dan doa netizen beberapa hari lalu, kemelut yang melanda rumah tangga Aliff Syukri akhirnya reda setelah hampir 3 bulan bermasam muka. Hubungan mereka kembali pulih dan dapat dilihat selepas sahaja berbaik, Datin Shahida dikejutkan dengan diberikan sebuah hadiah kereta.

Sumber Instagram

Apa yang lebih mengejutkan adalah kereta yang diterimanya adalah Porche Macan GTS. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Shahida menerusi laman instagram miliknya diiringin dengan panggilan “hubby” tanda terima kasih buat suaminya.

Sumber Instagram

“Mula2 @aliffsyukriterlajaklaris suruh jual kereta lama sedih juga…tapi rupa2 nya dia nak belikan yg baru…..tq hubby @aliffsyukriterlajaklaris..berbunga2 hati dapat kereta baru..” Tulis Shahida di ruangan kepsyen.

MENGEJUTKAN NETIZEN

Sumber Instagram

Dengan perkongsian ini telah mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya sebelum ini heboh cerita rumah tangga mereka goyang tup tup akhirnya dapat kereta sebiji. Bagai manapun rata-rata netizen tumpang gembira dengan kebahagiaan pasangan ini.

Sumber Instagram

Walaupun ujian melanda mereka tetapi tahap kesabaran dan juga selesai dengan waras menjamin kebahagiannya. Memandangkan Shahida sedang sarat mengandung, ada yang mengatakan kereta ini adalah rezeki untuk anak yang bakal dilahirkan.

Sumber Instagram
Sumber Instagram

Kesimpulannya, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Banyak bersabar dan jaga lah lidah ketika diuji sebegini. Semoga hubungan Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida bertambah utuh dan kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Sumber: Instagram Datin Nur Shahida Mohd

Kongsi artikel ini: