Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[Video] Rendah diri sangat! Neelofa dipuji gara-gara beri jawapan tak dapat gelaran Dato’ dan datin

Populariti yang dimiliki Neelofa kini sudah pasti akan menjadi perhatian ramai pihak. Ramai lelaki yang ingin mendampingi dirinya tetapi adakah tuan empunya badan bersifat sedemikian?

NAMA SERING MENJADI BAHAN GOSIP

Sebelum ini Neelofa telah banyak digosipkan dengan ramai artis lelaki. Antara yang menjadi sebutan adalah Hans Isaac dan Fatah Amin. Tetapi ianya hanya menjadi sebutan dan sejarah. Hingga kini Neelofa lebih pentingkan kehidupan peribadi dan juga perniagaan yang sedang diusahakannya.

Sumber Instagram

Terbaru, menerusi laman instagram peminat Neelofa, dirinya disapa oleh peminat berkenaan kenapa dirinya tak dapat pangkat Datuk. Berikut adalah ringkasan pandangannya terhadap pangkat yang dimaksudkan:

Bukan dirinya tak dapat pangkat tersebut dan sekiranya dapat sekali pun sudah pasti dia akan menolak. Lebih selesa menjadi diri sendiri, just being Lofa. Oleh kerana terlalu ramai yang berpangkat sekarang, namun ia tidak membezakan apa pun. Hanya ada pada nama namun kehidupan adalah tetap sama.

 

View this post on Instagram

 

So humble! ❤ #Neelofa #VideoNeelofa

A post shared by neelofa fans (@lofa.videos) on

NAMA TERSENARAI DALAM FORBES

Bukan sekadar cantik dan berbakat besar, bagi yang tidak mengetahui, nama Neelofa pernah tersenarai dalam barisan 300 individu Forbes 30 Under 30 Asia pada tahun 2017 melalui kategori Runcit dan E-dagang. Wah! Hebat sungguh.

Sumber Instagram

Kehidupan terkini Neelofa, dapat dilihat dirinya kian sibuk dengan beberapa persidangan dalam bentuk hal semasa mahupun dalam dan juga luar Negara. Menerusi instagram, Neelofa sering berkongsikan aktiviti sehariannya yang kini sibuk berada di luar Negara.

BANYAK CABANG PERNIAGAAN

Pengacara Meletop ini mempunyai perniagaan tudung jenama sendiri iaitu Neelofar Hijab. Dia juga terlibat dalam pelbagai cabang perniagaan lain dan antaranya kanta lekap Lofalens dan produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim.

Sumber Instagram

Pada tahun 2012, Neelofa menerusi syarikat BellaVita Healthcare International Sdn Bhd memberitahu pihak mereka berjaya hasilkan suplimen kesihatan yang berunsur dunia moden dan juga tradisional agar dapat memberikan kesan yang lebih positif.

Sumber Instagram

Sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh Neelofa ini boleh dipuji kerana berkerja bukan untuk mendapat nama tetapi menggunakan nama untuk kembangkan empayar. Semoga sikap ini berterusan dalam diri dan memberikan manfaat buat ramai pihak.

Sumber: Instagram neelofa fans

Kongsi artikel ini: