Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

High taste sungguh! Farah Nabilah dedah calon suaminya dan bakal berkahwin bulan depan

Lama menyorokkan identiti buah hati, akhirnya Farah Nabilah tampil mendedahkan lelaki yang bakal menjadi imam buatnya. Penulis boleh katakan bagai pinang dibelah dua, sama cantik dan sama padan mereka berdua ni. Lelaki yang dimaksudkan adalah Mohamed Amirul Yunus.

Sumber Instagram

DISEMBER DEPAN DIPILIH SEBAGAI TARIKH BERUMAH TANGGA

Bagi yang tidak mengenali artis cantik ini, nama sebenarnya ialah Farah Nabilah binti Saipuddin dan dilahirkan pada 10 Mac 1992. Farah memulakan kerjaya seninya pada tahun 2011 melalui iklan komersial kemudiannya namanya mula melonjak apabila membintangi drama Titian Cinta dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Disapa mengenai hari bahagia, kedua mereka memilih 20 Disember depan sebagai tarikh untuk mendirikan rumah tangga. Walaupun dah 7 tahun menjalinkan hubungan cinta, namun netizen tidak pernah tahu menahu pun kisah mereka. Apa yang pasti, prinsip setia dan sentiasa jujur dalam hubungan menjadi kunci kejayaan mereka selama bercinta.

BERCINTA JARAK JAUH

Farah memberitahu yang mereka berdua melalui detik cinta selama 7 tahun menerusi cinta jarak jauh. Tidak dinafikan mereka pernah mengalami liku-liku kehidupan bercinta namun dugaan yang dihadapi mereka tidak lah terlalu berat seperti orang lain.

Pasangannya, Amirul sering berada di luar Negara seperti Jeddah, Jakarta, Jerman dan merata tempat lagi atas urusan kerja. Hanya panggilan video yang menemani mereka sepanjang berjauhan. Apa yang penting adalah sikap yang setia dan memahami tugasan adalah sangat penting dalam hubungan sebegini.

FARAH PILIH SEORANG JURUTERBANG SEBAGAI PENEMAN HIDUP

Ramai yang tertanya-tanya tugas Amirul yang berada di merata tempat. Sebenarnya buah hati Farah Nabilah ini adalah seorang juruterbang yang bertugas dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Sumber Instagram

Diusik mengenai kontroversi, Amirul yang kini berusia 28 tahun mengakui yang dirinya perlu lebih sabar dan memahami Farah Nabilah kerana bidang terjun dalam industri hiburan pasti tidak lari dengan gosip-gosip dan menjadi perhatian ramai pihak.

“Jika gosip itu melibatkan Farah, saya akan bertanya terus kepada dia. Kemudian tiada apa, kami okay sahaja.

“Terkadang cemburu juga, tapi tiada yang serius kerana hanyalah gosip yang sentiasa ada bergelar selebriti.” Ujar Amirul.

BAKAL MENGADAKAN 3 MAJLIS

Difahamkan pasangan merpati dua sejoli ini bakal mengadakan tiga majlis resepsi iaitu bermula 21 Disember majlis di pihak perempuan. Kemudian seminggu selepasnya, 28 Disember bagi majlis di pihak lelaki pula. Manakala, yang terakhir adalah 5 Januari 2020, mereka berdua akan diraikan di sebuah majlis yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan kepada kedua mereka. Semoga majlis yang dirancang berjalan dengan jayanya dan diharapkan dengan perkahwinan yang bakal dibina memberikan lebih kebahagian dan juga dimurahkan rezeki yang berpanjangan.

Sumber: Instagram Farah Nabilah

Kongsi artikel ini: