Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak boleh lupa! Azira Shafinaz dedah hubungan cinta kembali bertaut dengan bekas kekasih

Anggota kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz terdahulu pernah mendedahkan hubungannya dengan jejaka bernama Yasser Khan telah menemui titik noktah pada akhir tahun lalu selepa 6 tahun menyulam cinta.

BUKAN PUNCA ORANG KETIGA

Ada yang berlaku antara mereka yang melibatkan hal peribadi namun ianya tidak dijelaskan secara terperinci sebab utamanya. Apa yang penting ianya tidak melibatkan berunsur pihak ketiga. Azira pada awalnya menyifatkan ingin fokus kepada kerjaya nyanyian dan lakonan.

CINTA KEMBALI BERTAUT

Bila dah sayang, masakan senang-senang untuk dilupakan. Tebaru penyanyi dan pelakon yang berusia 28 tahun ini memberitahu bahawa cintanya bersama Yasser kembali bertaut setelah beberapa bulan mereka cuba baiki kelemahan masing-masing.

Apa yang berlaku kini semuanya kehendak takdir dan Azira jujur akui kesefahaman antara mereka berdua dilihat lebih baik berbanding sebelum ini. Jelas Azira lagi, dia tak mahu memikirkan lebih mendalam soal jodoh. Apa yang penting adalah fokusnya pada karier yang mula meningkat naik.

RAMAI YANG MENDOAKAN MEREKA PERCEPATKAN

Azira dan Yasser sudah saling mengenali lebih daripada 6 tahun. Dengan tempoh pengenalan ini, ramai pihak dan juga peminat mengharapkan agar mereka mempercepatkan proses perkahwinan. Benda elok buat apa peram lama-lama takut nanti melepas kali kedua.

Azira tidak menolak permintaan orang ramai untuk dia naik pelamin tetapi belum sampai seru ujarnya lanjut. Bagi penulis, menghalalkan hubungan tu perkara yang dituntut namun biar lah kedua-duanya dalam keadaan bersedia. Andainya dalam keadaan terdesak, masalah yang akan menimpa mereka kelak.

HUBUNGAN MENJADI LEBIH BAIK

Disapa dengan hubungan yang mula terjalin, Azira menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta semakin baik. Mungkin sebelum ini hanya mereka berdua sahaja yang menanggung tetapi apabila diketahui umum, ianya menjadi lebih matang.

Lumrah sebagai seorang artis yang sering dilanda gosip dan juga kesibukan dengan karier antara salah satu punca mereka jarang meluangkan masa bersama. Dari situ lah Azira dan pasangan mula saling memahami kehendak diri.

Justeru, sama-sama lah kita doakan agar hubungan mereka pada kali ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Banyakkan bersabar dan belajarlah dari kesilapan yang lalu.

Sumber: Instagram Azira Shafinaz

Kongsi artikel ini: