Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Gegar Vaganza musim keenam memasuki minggu kedua. Rancangan ini sangat dinanti-natikan peminat untuk melihat artis ‘lama’ kesayangan mereka muncul kembali membuat persembahan di atas pentas. Boleh dikatakan peserta yang membuat persembahan pada musim ini antara yang hebat-hebat belaka sewaktu era kegemilangannya.
NAMA DAH DISEBUT-SEBUT SEBELUM BERMULANYA PERSAINGAN GV
Antara yang paling mencuri tumpuan sehinggakan sebelum bermulanya lagi persaingan rancangan ini, namanya dah mula tular dan menjadi bualan ramai. Dia ialah Sham Visa atau nama sebenarnya Rohisham Hashim. Penyanyi yang berusia 47 tahun ini melonjak naik setelah hampir 15 tahun menyepi dari industri hiburan gara-gara penampilannya sama tak tumpah seperti bintang Iron Man iaitu Tony Stark.
ISTERI ORANG YANG PM TEPI
Sejak kemunculan kembali Sham dalam GV, dia tidak menafikan ramai peminat yang mula direct message (DM) di akaun instagramnya. Dan kebanyakkan yang menegurnya itu adalah golongan yang dewasa dan juga rata-rata adalah isteri orang. Namun mereka masih lagi menjaga batas perbualan kerana mengetahui yang Sham sudah pun mempunyai isteri.
Sham tidak menolak apabila mengakui menerima hampir 1000 mesej setiap hari. Memandangkan semuanya sudah matang dan boleh berfikir, mesej yang diterimanya lebih kearah positif dan kata-kata semangat untuk terus berjaya dalam rancangan GV pada kali ini.
PENGIKUT INSTAGRAM MELONJAK NAIK
Disapa berkenaan perasaan, Sham berasa agak gugup untuk beraksi semula membuat persembahan setelah sekian lama menyepi. Dia mengucapkan terima kasih dan sangat bersyukur kerana peminat rata-rata memberikan sokongan yang agak baik buatnya.
Sebelum ini, dia langsung tidak mempunyai platform media sosial tetapi dengan adanya akaun instagram semenjak memasuki GV, bilangan pengikutnya bertambah secara mendadak. Dia mendapat lebih 35,000 pengikut hanya dalam masa 2 minggu sahaja.
Memang tidak terkejut kalau Sham Visa yang menerima gelombang tempias dari peminat sebegini rupa. Dapat dilihat penampilan segaknya membuatkan ramai peminat terpegun dan cair. Ini lah dugaan buat Sham apabila mucul kembali dalam penampilan yang berbeza. Semoga dia terus kuat menghadapi dan semoga maju jaya untuk bersaing dalam rancangan GV ini.
Kredit: Harian Metro, Instagram Sham Visa