Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Janna Nick antara pelakon wanita yang berbakat besar yang ada di Negara kita ini. Boleh dikatakan hampir keseluruhan watak yang dibawa diberikan komitmen sepenuhnya. Jadi tidak hairan lah sehingga kini dia antara artis yang memiliki kelompok besar peminat.
LAKONAN MANTAP JANNA, IZZUE DAN KHATY AZIAN
Kesan mendalam setiap lakonan antara sebab utama Janna Nick mendapat tempat di hati setiap pengarah. Terbaru lakonan mantapnya bersama Izzue Islam menerusi telefilem “Dosa Semalam” yang diarahkan oleh Raja Mukhriz sekali lagi merentap jiwa penonoton.
PERKAHWINAN ANTARA DUA DARJAT
Telefilem ini mengisarkan perkahwinan antara dua darjat antara Khadijah (Janna Nick) dan Azlan (Izzue Islam). Khadijah yang berkerja sebagai penjual nasi lemak tidak disukai sama sekali oleh ibu Azlan, Rosnah yang dilakonkan oleh Khaty Azian. Justeru, Rosnah melayan Khadijah bagai tiada hati dan perasaan.
Bagi penulis, antara babak yang sangat terkesan dan berkaca mata adalah sewaktu badan Khadijah ditekapkan dengan seterika panas di belakangnya. Seolah-olah tiada sifat kemanusiaan Khadijah diperlakukan sedemikian. Bukan setakat itu sahaja, pelbagai tomahan diterimanya sehinggakan difitnah, dipaksa untuk memujuk Azlan berkahwin lain iaitu dengan wanita pilihan Rosnah.
Selain daripada jalan cerita yang diarahkan dengan baik, sudah semesti ramai penonton memuji lakonan Janna Nick ini. Watak yang dibawanya dijiwai sepenuhnya sehinggakan berjaya membuat penonton berkaca mata.
KREDIT VIDEO PENUH:
NETIZEN TAKUT UNTUK BERKAHWIN
Antara respon penonton terhadap telefilem ini adalah sehingga rasa terkesan dan takut untuk mengalami proses perkahwinan. Takut alami masalah yang sama iaitu berhadapan dengan mak mertua dan keluarga suami yang tidak merestui.
Keseluruhan, rata-rata memuji karakter yang dimainkan oleh semua pelakon yang terlibat. Mereka juga mengharapkan drama serta telefilem lain dapat dihasilkan sebaik Dosa Semalam ini yang jalan ceritanya lebih dekat dengan masyarakat malah mempunyai nilai moral yang tersendiri.
Kesimpulannya, tahniah buat Janna Nick serta krew produksi yang lain atas kerja hasil karya sebegini. Sesungguhnya jodoh perkahwinan terletak pada hati keikhlasan dan bukannya pada wang ringgit semata-mata. Kerana pada akhirnya, hati yang bersih yang akan menyelamatkan diri kita dari sifat daif.
Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official, Twitter Janna Nick