Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bila Islam tiada dalam diri! Tak sanggup dah jaga, anak buang ibu kandung di depan kedai tanpa rasa bersalah

Selalunya dalam drama je kita dipertontonkan dengan kisah anak buang ibu gara-gara tak sanggup untuk menjaganya. Paling tidak mereka akan letak orang tua di rumah penjagaan orang tua. Alasannya sibuk dengan urusan kerja. Namun pernah tak terfikir penat lelah mereka membesarkan kita dahulu?

TINGGALKAN IBU TUA GARA-GARA TAK SANGGUP MENJAGANYA

Mungkin kisah sebegini akan jadi pelik untuk sesetengah pihak. Namun jangan terkejut sekiranya penulis katakan memang wujud anak yang rasa terbeban untuk menjaga orang tua mereka. Contohnya kisah yang tular semalam di media sosial apabila seorang perempuan sanggup meletakkan ibunya di hadapan sebuah kedai.

Berikut adalah perkongsian asal dari salah seorang pengguna facebook Cek Rozz Jannah mengisahkan kejadian yang berlaku:

Sumber Facebook

DITINGGALKAN DI HADAPAN KEDAI

Warga emas ini hanya dikenali sebagai Aisyah yang kini berumur 80 tahun dikatakan ditinggalkan oleh anaknya di sebuah kedai. Awalnya anak makcik ini memberi alasan untuk membeli barang di kedai tersebut. Kemudian membawa turun pakaian ibunya sekali, katanya untuk membawa kereta untuk dicuci.

Sumber Facebook

Makcik Aisyah ditinggalkan sejak pukul 3 petang lagi sehingga la ke malam. Dan disebabkan itulah orang ramai yang melihat makcik ini berasa hairan dan membawanya ke balai polis untuk siasatan lanjut.

ALASAN UNTUK BASUH KERETA

“Dia bgtau anak pi basuh kereta… kedai basuh kereta ada depan tu saja.. sebelah ABC Buah Sg Kob… x nampak kereta biru pun…anak dia naik kereta biru dia bgtau tadi.. yg hantar anak perempuan..

“Dok interview tok ni…. masa nak turun kereta beli barang anak dia dah bagi beg kain baju suruh bawak turun sekali…. jemmm mcmni…. xtau apa tujuan buat mcmtu..”

Sumber Facebook

“Nama Aishah.. umur 80…anak nama Jannah… dia dpt bantuan JKM rm300 bulan2… ic anak pegang..” Tulis asal perkongsian Cekk Rozz Jannah.

Berdasarkan maklum balas dari perkongsian ini, ada individu yang memberitahu mengenali penjaga makcik Aisyah ini. Dianya adalah anak perempuan bongsu warga emas berkenaan. Hasil bantuan polis, anaknya itu mengaku bahawa tidak sanggup dah untuk menjaga ibunya ini. Lalu ianya dipanjangkan ke pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber Facebook

Tak tahu macam mana penulis ingin luahkan. Seorang anak yang dibesarkan dengan kasih sayang yang sempurna sanggup melakukan perkara sebegini. Andai kata sibuk dengan urusan kerja, rasanya tak perlu untuk tinggalkan ibu sendirian. Ada badan yang boleh kita bawa berbincang dalam hal penjagaan orang tua ini.

Sama-sama kita doakan agar si anak bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar. Sesungguhnya syurga anak di bawah telapak kaki ibu. Jadi benar lah kasih sayang ibu itu mampu untuk menjaga 10 orang anak namun 10 orang anak belum tentu lagi mampu untuk menjaga seorang ibu.

Sumber Facebook

MAKLUMAT TERBARU- MAKCIK AISYAH KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA

Menurut Cek Rozz Jannah di laman facebooknya sebentar tadi, hasil perkongsian dan bantuan orang ramai akhirnya kes ini dapat diselesaikan. Anak kepada makcik Aisyah ini telahpun mengambil ibunya kembali.

Sumber Facebook

Semoga kisah ini mampu menjadikan iktibar buat kita semua dalam menghargai seorang ibu yang pernah 9 bulan mengandungkan kita. titipkan doa buat maksik Aisyah ditempatkan di tempat yang betul agar kebajikannya terjaga.

Sumber: Facebook Cek Rozz Jannah

Kongsi artikel ini: