Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Anak tak sah taraf! Rita Rudaini bawa lelaki ini ke kandang mahkamah gara-gara mulut lancang

Sikap terlalu suka mengkritik dan terbukaan masyarakat kita dalam melemparkan kata-kata tak sepatutnya menjadi selebriti di Malaysia lebih berani menegakkan hak mereka. Terdahulu Jasmin Hamid menfailkan kepada mahkamah gara-gara komen lancang netizen kita. Kemudian, ibu kepada Haneesya Hanee dan yang terbaru Rita Rudaini.

Baca: Gara-gara gelarkan anak Jasmin Hamid BAPOK, wanita ini diheret ke mahkamah & terpaksa bayar ganti rugi

BERUNSUR NIAT JAHAT

Rita Rudaini dikatakan membuat laporan polis terhadap salah seorang individu berikutan bertindak meninggalkan komen yang mengundang fitnah terhadap anaknya. Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara petang tadi.

Sumber Instagram

Individu tersebut yang hanya dikenali sebagai @ahmadsan81 di laman instagram seolah-olah mempertikaikan mengenai taraf anak kepada Rita Rudaini yang boleh dikatakan agak melampau.

“Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.

“Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku.” Ujar Rita.

KREDIT VIDEO:

DIBERI MASA 14 HARI UNTUK TAMPIL MEMBUAT PERMOHONAN MAAF

Peguam yang mewakili Rita iaitu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan memberitahu pihaknya memberikan masa 14 hari kepada individu yang dimaksudkan untuk tampil membuat permohonan maaf bermula dari tarikh laporan ini dibuat.

Sumber Instagram

Andainya individu instagram terbabit gagal berbuat demikian, dia bakal berhadapan dengan saman sivil. Tujuan Rita berbuat demikian adalah dalam menangani isu penindasan alam maya. Masyarakat kita lebih mengikut perasaan dalam bertindak mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir panjang.

JADIKAN SEBAGAI PENGAJARAN DAN JAGA TUTUR BAHASA SEBAGAI PENGGUNA MEDIA SOSIAL

Kesimpulannya, diharapkan masyarakat kita lebih peka dalam penulisan komen agar tidak menyinggung mana-mana pihak di kemudian hari. Jadikan kes Rita Rudaini dan Jasmin Hamid sebagai peringatan buat kita semua bahawa undang-undang itu ada dalam membanteras perkara sebegini.

Sumber Instagram

Mungkin meninggalkan secebis komen dilihat perkara kecil. Namun sekiranyanya penulisan yang dibuat berunsur kata-kata yang menguriskan perasaan ataupun membawa fitnah, setidak-tidaknya menyebakan seseorang itu terkesan dari segi dalaman. Apa pun berhati-hati lah dalam menggunakan media sosial kini.

Sebagai rekod, nama sebenar Rita ialah Rita Rudaini binti Mokhtar. Dia dilahirkan pada 11 April 1976 di Kangar, Perlis. Rita memulakan kerjaya seninya dengan menyertai Dewi Remaja 98/99 dan berjaya menjadi peserta finalis. Walau bagaimanapun dia tewas kepada rakan artis Julia Banos yang dinobatkan sebagai juara.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: