Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Majlis penuh gah! Setelah 4 tahun jadi Mak Jan, akhirnya Elly Mazlein selamat dirisik bakal suami

Baru sebentar tadi, pelakon dan penyanyi cantik molek Elly Mazlein atau lebih selesa dipanggil Kak Lina Pom Pom baru sahaja selamat dirisik oleh buah hatinya yang dikenali sebagai Azlan setelah setahun lebih mengenali hati budi.

TAMPIL CANTIK DENGAN PAKAIAN BERWARNA EMAS

Majlis merisik tersebut diadakan di rumah Kak Lina Pom Pom Sendiri. Tampil dengan pakaian berwarna emas menampakkan lagi kecantikan Kak Lina pada majlis tersebut. Namun, wajah Azlan masih lagi menjadi tanda tanya kerana sehingga kini penyanyi dan pelakon yang berusia 38 tahun ini tidak mendedahkannya.

Sumber Instagram

ANAK SENTIASA SETIA MENEMANI DI SISI

Turut menemani Kak Lina Pom Pom di sisi adalah anak perempuannya Putri Sara Sefhia Azmi, hasil perkahwinan terdahulu dengan seorang pengarah, Azmi Hatta.

Sumber Instagram

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 tetapi tidak kekal lama apabila mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 15 Oktober 2015. Hubungan mereka mula retak apabila kedua-duanya gagal menemui titik kesefahaman.

KEMATANGAN AZLAN MENJADI PUNCA JATUH CINTA

Sebelum ini, Kak Lina ada memberikan hint untuk menamatkan zaman bujangnya namun tidak didedahkan tarikh yang tepat. Semalam, dia mula berkongsikan di instagram persiapan majlis yang diadakan pada hari ini. Yang menjadi perhatian netizen adalah hashtag #MerisikCinta AzlanElly.

Sumber Instagram

“Sefhia sangat menyayangi ‘teman’ baharu saya yang dia panggil papa. Apa yang boleh saya cakap, kami berkawan dan kalau Sefhia selesa dan saya pun serasi bersamanya, InsyaAllah (akan bawa ke fasa baharu). Dia pun tahu kisah saya, semua orang pun tahu.

“Apa yang saya tengok dia suka budak-budak dan amat menyayangi Sefhia. Anak saya pun hari-hari akan bertanya di mana papa dia. Dengan dia, Sefhia baru dapat rasa kasih sayang seorang bapa.” Memetik kenyataan Kak Lina yang terdahulu.

Sumber Instagram

Alhamdulillah majlis merisik semuanya berjalan dengan lancar. Terpancar kegembiraan di wajah penyanyi ini dengan pilihan hatinya. Kak Lina sebelum ini ada memberitahu biarpun bakal pasangannya ini jauh lebih muda darinya, namun kematangan yang ditunjukkan telah menyakinkannya bahawa Azlan mampu untuk menjaga dirinya dan juga puteri kesayangan.

Kak Lina sehingga kini masih belum mendedahkan tarikh tepat untuk majlis bahagia mereka. Semoga dengan selangkah ikatan yang dibina ini membawa cahaya kebahagiaan buat Kak Lina dan pasangan. Diharap juga perkara yang baik dipercepatkan bagi mengelak fitnah akhir zaman. Doakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Kongsi artikel ini: