Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan pernah gagal dengan Ain ‘Afini Latif. Nama Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir dikatakan punca kemelut dan menjadi isteri kedua PU Abu pada ketika itu.
DISANGKAKAN PANAS RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI
Pada awal Julai lalu, nama PU Abu sekali lagi hangat diperkatakan di segenap platform media apabila Hana Azraa mengeluarkan kenyataan yang mereka telah membuat haluan masing-masing dan sudah tidak tinggal bersama lagi.
“Saya dan Abu kini dalam proses untuk berpisah. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.”
“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.” Memetik kenyataan Hana awal Julai lepas.
KANDUNGAN MEMASUKI USIA PERINGKAT KEDUA
Alhamdulillah perkahwinan mereka dapat diseamatkan. Terdahulu Hana ada berkongsikan berita gembira kepada netizen apabila memuat naik video ultra sound kandungan awalnya. Namun tidak dikongsikan secara jelas.
Dan terbaru Hana memberitahu yang dirinya kini berhadapan pelbagai ragam. Malah setelah usia kandungan memasuki peringkat kedua, dia mengalami masalah mudah penat dan sukar untuk berjalan dalam tempoh yang lama.
“Baru masuk second trimester tapi dia punya ragam dah macam macam. Tak boleh jalan lama sikit confirm penat.
“Nasiblah ada yg sudi melayan & memahami karenah mak buyung ni.” Tulis Hana di ruangan kepsyen.
TERIMA UCAPAN POSITIF
Rata-rata netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan Hana ini memberikan kata-kata positif buat dirinya dalam menyambut ahli keluarga yang baru. Mereka turut mengucapkan tahniah buat Hana dan PU Abu atas berita gembira ini dan dipermudakan segala urusan kelak.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Diharap dengan kehadiran cahaya mata ini menjadi pengikat kasih dan sayang rumah tangga mereka di masa depan.
Sumber: Instagram Hana Azraa