Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kehilangan wang yang disimpan dalam bank sangat sukar untuk dipercayai. Selalunya hanya dipertontonkan dalam filem Hollywood sahaja kisah transaksi wang secara haram ataupun perkataan lebih tepat akaun digodam.
KISAH AMAN SHAH MENGGEMPARKAN NEGARA
Tapi jangan lupa! Negara kita pernah dikejutkan dengan kisah seorang Eksekutif Bank, Aman Shah yang bergaji RM 1,800 sahaja sebulan tetapi mampu memakai kereta mewah. Kisah Aman Shah popular pada tahun 90an.
Puncanya adalah kebijaksanaannya memperdaya bank dalam mengubah wang pelanggan sebanyak 1 sen setiap seorang ke akaun peribadi miliknya. Hasilnya, Aman Shah mengutip RM 4 juta hanya dalam masa 14 hari sahaja. Sepandai-pandai tupai melompat akhinya jatuh jua dan Aman Shah dikenakan 5 tahun penjara atas kesalahannya itu.
KE MANA LESAPNYA WANG SIMPANAN RM 40K
Terbaru seorang pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai Ali Baba dada berkongsikan kisah yang terjadi kepada adiknya. Ali mendakwa akaun bank adiknya seolah-olah seperti digodam oleh individu tertentu berikutan wang simpanan adiknya lebur tanpa dikenal pasti.
Adiknya mula menyimpan di bank Maybank semenjak dia bekerja pada tahun 2009 lagi. Bila disemak terbaru jumlah baki simpanan hanyalah tinggal RM 394.44 sahaja. Dari semakan atas talian, didapati ada dua transaksi berjumlah RM 20k setiap satunya. Namun dia menegaskan yang transaksi tersebut bukan dibuat oleh adiknya.
“Account maybank adik aku kena hack. Life saving dia sejak 2009 lebur RM 40k. Dah report polis dgn freeze account tu. Bank deny about the hacking, they continuously deny and push the responsibility kat aadik aku.” Tulis Ali Babad.
ADIKNYA TERGAMAM DAN TAK TAHU MENAHU
Menurut Ali lagi, selama adiknya menyimpan dia langsung tidak menerima apa-apa pemberitahuan atau notifikasi tentang penegeluaran atau transaksi wang. Yang mengecewakan mereka adalah apabila pihak bank menolak alasan itu dan mengatakan mesej tac yang dihantar mereka ke adik Ali telahpun dipadamkan.
BUAT LAPORAN KEPADA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB
Dalam ruangan komen Twitter Ali ini, pihak Maybank ada meninggalkan komen kepadanya. Pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan akaun pelanggan. Untuk kes ini, mereka meminta Ali dan adiknya membuat laporan polis untuk jalankan siasatan dan melaporkan kepada mereka juga sekiranya tidak berpuas hati jika ada transaksi meragukan.
Pihak Maybank juga menyatakan yang mereka akan memberikan kerja sama dengan pihak berkuasa sekiranya pelanggan merasakan simpanan mereka hilang.
Natijahnya, pelbagai taktik dan teknik penyamaran boleh berlaku pada masa kini seiring dengan peredaran zaman. Pengambilan wang dari simpanan bank tanpa kita sedar adalah perkara yang tidak mustahil. Jadi, rajinkan lah diri untuk menyemak dan bertanya kepada pihak bank simpanan sekiranya anda berasa ragu tentang sesuatu transaksi dalam akaun.
Sumber: Twitter Ali Babad