Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak lupa daratan lah! Haneesya Hanee tak malu mengaku duduk di rumah PPR malah rasa lagi bangga

Rumah PPR atau dikenali rumah Program Perumahan Rakyat adalah salah satu usaha kerajaan untuk menempatkan semula bagi golongan setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah. Kadar sewa PPR ini adalah serendah RM124 sahaja sebulan.

MEMBESAR DI RUMAH PPR

Antara artis yang pernah manjadi penghuni rumah PPR ini adalah model eksotik, Haneesya Hanee. Menurut Hanee, dia membesar di kawasan rumah PPR sejak usianya 12 tahun lagi dan dia tidak malu untuk mengaku pernah menjadi ahli komuniti itu.

Walaupun ramai yang memandang rendah kepadanya setelah mengetahu hal ini, bagi dirinya, kediaman PPR ini satu anugerah dan rezeki kepada keluarganya. Disebabkan sebelum ini kehidupan mereka pernah merempat dan menumpang rumah orang lain.

Jadi dengan wujudnya rumah PPR ini dapat lah mereka sekeluarga berteduh dari hujan dan panas. Hanee dan keluarganya menetap di PPR Pudu Ulu semenjak 7 tahun yang lepas.

“Saya tak malu duduk di PPR… Saya tahu asal usul diri. Bagi saya, isu menetap di kawasan PPR tidak pernah menjadi ‘kudis’.” Memetik kenyataan Hanee kepada BH Online.

TAK LUPA DARATAN

Hanee menambah yang dirinya selesa berada di kediaman sebegitu. Kehidupan seharian menjadikan jiran tetangga lebih rapat dan bergaul secara baik. Duduk dimana-mana tidak ada salahnya, yang penting kehidupan sekeluarga tenang dan gembira.

“Saya kenang jasa rumah PPR… Rumah pangsa ini tidak ada salah. Biasalah, tanggapan orang. Keluarga saya seronok hidup berjiran.

“Ramai jiran saya kenal termasuk ramai yang berniaga makanan, di sini. Kami bergaul rapat dan selalu bertanya khabar.” Jelas Hanee lagi.

Disapa berkenaan mencari pengganti rumah kediamannya kini, Hanee memberitahu yang ianya bukan keperluan lagi. Lagipun banyak hal yang perlu diutamkan mengikut kemampuannya. Disebabkan banyak kontroversi yang melanda dirinya, lebih baik dia fokus mengembangkan bakat dan kerjayanya dalam bidang seni ini.

Kredit: BH Online

Kongsi artikel ini: