Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Si dia kata lain, tuan badan kata lain. Itu lah yang boleh dikatakan terhadap kenyataan terbaru daripada Intan Najuwa berikutan dakwaannya yang mudah dipegang baru-baru ini. Sebelum ini nama Intan Najuwa mula disebut gara-gara aksi besahaja Idris Khan mengangkatnya.
NETIZEN MENDAKWA INTAN NAJUWA MUDAH DISENTUH
Terbaru tular gambar tangan Zul Ariffin berada di pehanya ketika mempromosikan drama terbaru mereka. Tidak semena-mena netizen menyifatkan artis cantik ini mudah untuk disentuh oleh mana-mana lelaki.
MENEPIS DAKWAAN, TUNANG MERESTUI
Walau bagaimanapun, Intan tidak berdiam diri apabila tampil menepis dakwaan itu dengan memberitahu ahli keluarga termasuk tunangnya merestui apa yang dibuatnya. Lagipun mereka hanya berlakon dan masih tahu batas sebagai tunangan orang.
LAIN PULA YANG TERJADI
Penulis berasa pelik dan seakan macam tak kena Intan Najuwa dan tunangnya, Fazrul Anwar Rulis apabila didapati berbeza kenyataan. Seperti sedia maklum, awalnya Intan memberitahu tunangnya okey. Tetap berbeza dengan luahan hati Fazrul di laman instagramnya.
Menerusi IG story, Fazrul ada meluahkan rasa kecewa sekali gus menjadi tanda tanya ramai netizen malah menganggap ia merujuk kepada situasi melanda Intan Najuwa sekarang. Fazrul membayangkan seolah-olah Intan tidak menghormatinya sebagai tunang.
CINTA TANPA RASA HORMAT TIDAK KEKAL LAMA
Menurut Fazrul lagi, cinta tanpa rasa hormat tidak akan bertahan lama. Kerana dengan adanya rasa hormat akan menghasilkan cinta sejati pada akhirnya.
“There will be time in your life to choose being loved or being respected.”
“Always choose being respected.”
“Love without respect always fleeting.”
“But that respect could grow into real lasting love.” Tulis Fazrul seakan kecewa di IG story.
Namun sehingga kini masih belum dapat dipastikan isu yang melanda hubungan mereka dan masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi dari mereka tentang isu ini. Apa pun diharapkan hubungan mereka dalam keadaan baik. Semoga ikatan kasih kedua mereka sentiasa utuh.
Sumber: Instagram Fazrul Anwar Rulis