Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Membaca adalah terapi minda! Doktor ini kongsikan 5 cara mudah untuk SI KECIL jadi ulat buku

Anak adalah anugerah yang terindah yang Tuhan hadirkan dalam pasangan yang sudah pun berkahwin. Dengan anugerah ini, setiap ibu bapa perlu didik anak-anak dengan penuh ilmu agar jalan yang akan dilalui oleh mereka untuk membesar adalah laluan yang baik dan betul.

SI KECIL MUDAH TERIKUT

Sudah pasti si kecil yang baru mengenal dunia akan terikut-ikut dengan apa yang ada di depan mereka. Belajar dari melihat perbuatan orang lain sehingga lah meniru aksi berkenaan. Dapat dilihat dalam golongan generasi kini sangat malas untuk membaca walhal membaca itu jambatan ilmu.

SIBUK DENGAN GAJET

Yang mereka tahu adalah bermain gajet dan juga sentiasa online di media sosial. Terkesannya adalah si cilik yang turut meragam untuk bermain gajet pintar ini. Dapat dilihat hampir setiap masa kini ibu bapa selesa memberikan anak kecil bermain dengan telefon pintar. Yang mana boleh merosakkan sikap rajin.

Gambar sekadar hiasan

TERAPKAN NILAI MEMBACA DARI AWAL

Sebenarnya budaya membaca perlu diterapkan dalam diri anak-anak anda sewaktu usia mereka masih muda. Dengan ini mereka akan jadikan membaca adalah tabiat harian sekali gus menjadikan anak anda seorang yang berpengetahuan luas. Berikut adalah perkongsian Dr. Taufiq Razif cara untuk anak gilakan membaca dengan mudah:

Sumber Facebook

1. Bagi anak kita authority dulu

Ya, biarkan anak kita yang pilih buku dengan bebas dan sesuka hati dia. Mula mula memang la dia baca buku komik atau buku yang tak berfaedah dulu tapi bila cinta pada buku tu dah berputik lama kelamaan semua jenis buku pun anak kita akan jatuh cinta.

Sumber Facebook

2. Jaga ‘state’ anak ketika dia bersama buku

Masa anak tengah membaca, jangan pergi jerkah atau pergi tengking dia. Walaupun dia koyakkan buku sekalipun! Kita taknak emosi dan pengalaman negatif tu dikaitkan (anchored) pada buku tu.

Sumber Facebook

3. Jangan paksa anak membaca

Tugas kita bukan memaksa anak tetapi tugas kita adalah bagaimana kita nak anak kita tu ada ‘wonderful feeling’ bila tertengok buku buku tersebut.

Sumber Facebook

4. Jadikan diri kita ‘teachable’

Sekali sekala tu buat buat je macam kita tak tahu apa apa dan minta anak kita ajarkan perkara perkara yang ada di dalam buku yang anak kita sedang baca tu. Ianya satu perasaan yang indah bila anak kita rasa dengan membaca buku, mereka sebenarnya sedang’ contribute’ sesuatu pada mak ayahnya juga.

Sumber Facebook

5. Jadikan diri kita model terbaik

Kebiasaan ataupun habit kita ni sejenis benda yang senang ‘ tular dan berjangkit ‘ pada anak kita. Itulah kenapa kalau habit kita suka main handphone setiap hari di depan anak-anak, maka habit tu pun akan melekat pada mereka.

Sumber Facebook

Jadi, bukan susah sebenarnya pun kan. Cuma teknologi mengalpakan kita jadi jalan singkat untuk mereka bermain. Mulakan dari diri sendiri kemudian secara tidak langsung anak akan terikut sekali. Anak membesar mengikut acuannya dan acuan mereka adalah anda sebagai ibu bapa.

Semoga dengan perkongsian dari Dr. Taufiq ini sedikit sebanyak mengubah takuk selesa kita dalam memberikan pendidikan kepada si kecil.

Sumber: Facebook Dr. Taufiq Razif

Kongsi artikel ini: