Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Program pencarian bakat gadis-gadis cantik iaitu Dewi Remaja kembali semula bertemu peminat. Bagi yang tidak tahu, Dewi Remaja ini adalah pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia yang mana dianjurkan oleh majalah Remaja terbitan Krangkraf. Pertandingan ini kebiasaannya diselang seli dengan versi lelaki iatu Hero Remaja.
RAMAI ARTIS KELAHIRAN PROGRAM DEWI REMAJA
Ramai artis Malaysia dilahirkan menerusi program pencarian bakat ini. Antaranya adalah Aleeza Kassim, Jasmin Hamid, Rozita Che Wan, Juliana Banos dan ramai lagi. Antara yang menjadi sebutan hinggan kini adalah Haneesya Hanee iaitu juara bagi musim lepas. Walau bagaimanapun ianya ditarik balik kejuaraan kerana kantoi berparti di kelab malam.
TERSUNGKUR KETIKA SESI PENGENALAN
Yang menjadi perhatian pada edisi kali ini adalah momen memalukan salah seorang mereka. Peserta terebut tersungkur di atas pentas sewaktu dipanggil memperkenalkan bagi yang layak untuk merebut gelaran 12 Dewi Remaja 2020.
VIDEO RAKAMAN KEJADIAN
Disertakan rakaman video yang dikongsikan oleh page rasmi Remaja. Walaupun ianya agak memeritkan jatuh di hadapan umum, namun peserta berkenaan yang dikenali sebagai Farzana bangun dengan tersenyum lalu meneruskan tugasannya. Antara yang membantunya ketika jatuh adalah abang botak, Haris Anuar merupakan bekas peserta Hero Remaja.
GAGAL KE PERINGKAT SETERUSNYA
Alangkah sedihnya dah jatuh tersungkur, gagal pulak untuk mara ke top 12. Namun Farzana tidak patah semangat dengan kejadian ini. Menerusi laman instagramnya, Farzana memberitahu yang dia redha dengan keputusan ini dan langsung tidak mematahkan semangatnya.
Bercerita mengenai insiden yang menimpa dirinya, Farzana tidak mengulas banyak. Dia terjatuh banyak kali disebabkan kakinya yang tak kuat. Tambahan pula perlu memakai kasut bertumit tinggi menambahkan lagi kesukarannya untuk melakuka persembahan.
Apa pun melakukan kesilapan tu adalah biasa sebagai manusia. Yang penting jangan mengalah dalam melakukan sesuatu urusan yang kita minati. Semoga dengan kejadian sebegini membakar lebih semangat Farzana dan teruskan optimis dalam bidang yang diceburi.
Sumber: Facebook Majalah Remaja dan Instagram Farzana