Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[Video] Kalah Man Kidal! Aksi cool Khairy Jamaluddin & anaknya ini goreng gitar dipuji netizen

Haji Khairy bin Jamaluddin dilahirkan pada 10 Januari 1976. Dia merupakan ahli politik Malaysia yang menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Rembau. Di peringkat akar umbi, Beliau merupakan ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan. Dari Mei 2013 hingga Mei 2018, beliau telah menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga merupakan menantu kepada mantan Perdana Menteri Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi.

Sumber Instagram

PERNAH JADI PENGHIAS MAJALAH

Pada kali ini, kita ketepikan soal politik yang pernah dipegangnya. Kisah sisinya sebagai seorang bapa boleh dianggap sangat terselah dan dijadikan contoh bersama. Sebelum ini Khairy Jamaluddin atau lebih selesa disapa sebagai KJ pernah menjadi cover bagi sebuah majalah. Ramai yang memujinya kerana bukan sekadar pandai mengambil hati rakyat, malah hebat beraksi di hadapan kamera dan kelihatan sangat maskulin.

SEORANG BAPA PRIHATIN, MENEMANI ANAK DI ATAS PENTAS

Boleh dikatakan sangat berbakat. Terbaru, KJ ada berkongsikan dilaman instagramnya yang tampil melakukan aksi persembahan di atas pentas bersama-sama anaknya. KJ memperkenalkan kumpulan muzik mereka sebagai Cougiran mempersembahkan lagu dari kumpulan lagenda The Beatles yang bertajuk Come Together.

Bukan senang untuk kita lihat seorang mantan menteri yang mempunyai bakat bermain gitar seperti KJ ini. Tambahan pula sifat seorang bapa yang melayan karenah si anak pelu dijadikan contoh. Kadang-kadang, mendalami hobi kesukaan anak perlu diambil perhatian. Hubungan kasih sayang akan menjadi lebih erat melalui aktiviti yang dilakukan bersama.

KREDIT VIDEO PERSEMBAHAN KJ DAN ANAK

PERGHHH MEMANG PADU!!

Menjengah ke ruangan komen, netizen sangat terpukau dengan gorengan gitar yang dipersembahkan oleh KJ ini. Mereka sangat bangga melihat seorang mantan menteri berpewatakan cool mengetepikan tatacara rasmi, tampil di atas pentas bersama anaknya itu.

Ada yang berseloroh meminta agar KJ meninggalkan dunia politik dan mulakan karier baharu bersama aktis kugiran. Rasanya tak salah jika seorang ahli politik melakukan aksi bebas sebegini. Maklum lah mereka juga manusia yang perlu melalui fasa-fasa kehidupan.

Sumber Instagram

Apa pun tahniah buat KJ kerana berjaya mempersembahkan gorengan gitar yang mantap. Semoga Kj terus maju dalam arena politik dan terus humble dalam membantu rakyat Malaysia.

Sumber: Instagram Khairy Jamaluddin

Kongsi artikel ini: