Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tolong aku cari dia! Rosyam Nor cari lelaki tua ini, kerah kudrat mencari rezeki di kaki lima

Dugaan yang diterima setiap pasti berbeza mengikut kemampuan diri masing-masing. Ada sesetengah ujian yang diberikan dalam bentuk kekayaan. Yang lain pula diuji dari segi kesihatan tubuh badan. Yang penting sentiasa berusaha dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Bagi yang sedang mencari rezeki, jangan sesekali membandingkan diri dengan orang yang jauh lebih kaya. Sesekali tunduk lah ke bawah melihat orang lain yang jauh lebih susah dalam mencari sesuap nasi.

Sumber Instagram

MASIH MENCARI REZEKI BIARPUN DAH BERUMUR

Yang menarik perhatian penulis pada kali ini adalah perkongsian pelakon terkenal tanah air iaitu Datuk Rosyam Nor di laman instagramnya. Rosyam memuat naik video rakaman seorang pak cik tua yang sedang membuat persembahan di kaki lima.

Sumber Instagram

Menurut Rosyam, pak cik ini sudah lama mencari rezeki dengan membuat persembahan tarian. Lenggok badan dan aura tarian masih lagi sama seperti mana yang dia lihat dulu sewaktu umurnya remaja lagi. Berikut adalah perkongsian asal Rosyam Nor:

TOLONG AKU CARI DIA

 

View this post on Instagram

 

TOLONG AKU CARI DIA. Allahuakbar. Akhirnya aku dapat jumpa kembali Brother ni. Walaupun dialam maya. Untuk pengetahuan korang brother ni dari waktu aku remaja ini lah cara dia mendapatkan sedikit pendapatan. Aku tak tau la kalau dia ada buat kerja lain. Dulu tempat dia buat show ni Dayabumi,Central Market,Kota Raya Komplek,Pertama Complex. Apa yang aku dapat disini walau apapun pandangan orang lain pada dia. Aku rasa dia hebat kerana menggunakan kudrat dan kemampuan yang ada untuk mencari pendapatan. Lihat aksi dia. Aksi dia sama masa aku dizaman remaja dulu. Ini bermakna dia sihat. Alhamdullilah. Aku rasa dia lebih berumur dari aku. Kalau korang tau dia selalu kat mana buat show ni,tolong bagitau. Aku nak melawat dia.

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

“Allahuakbar. Akhirnya aku dapat jumpa kembali Brother ni. Walaupun dialam maya.

Untuk pengetahuan korang brother ni dari waktu aku remaja ini lah cara dia mendapatkan sedikit pendapatan. Aku tak tau la kalau dia ada buat kerja lain.

Dulu tempat dia buat show ni Dayabumi,Central Market,Kota Raya Komplek,Pertama Complex.

Apa yang aku dapat disini walau apapun pandangan orang lain pada dia. Aku rasa dia hebat kerana menggunakan kudrat dan kemampuan yang ada untuk mencari pendapatan.

Lihat aksi dia. Aksi dia sama masa aku dizaman remaja dulu. Ini bermakna dia sihat. Alhamdullilah. Aku rasa dia lebih berumur dari aku.

Kalau korang tau dia selalu kat mana buat show ni,tolong bagitau. Aku nak melawat dia.” Tulis panjang Rosyam di IG miliknya.

KAGUM DENGAN GELAGAT PAK CIK

Sumber Instagram

Ramai netizen yang memberikan reaksi positif melihat aksi pak cik ini. Rata-rata memuji usaha yang dilakukan demi mencari sesuap nasi. Kebanyakan yang sebaya dengannya sudah menikmati waktu rehat di rumah dan bermain dengan anak cucu.

Sumber Instagram

Semoga pencarian Datuk Rosyam Nor dalam menjejaki kembali lelaki ini berhasil. Semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan buatnya juga dalam mencari sisa-sisa nafkah.

Sumber: Instagram Datuk Rosyam Nor

Kongsi artikel ini: