Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama Jihan Muse tidak asing lagi dalam dunia hiburan dan pengacaraan. Bakatnya mula dicungkil menerusi program realiti Raja Lawak Astro musim ke-3 apabila dia dinobatkan naib juara manakala kumpulan Sepah yang menjadi juara pada musim tersebut.
Nama sebenar Jihan ialah Nuur Jihan binti Musa dan dilahirkan pada 29 Ogos 1983. Jihan berasal dari Hulu Langat, Selangor. Kemuculan Jihan pada awal dulu sangat ketara berbanding kini. Sehinggakan ramai yang terpukau dengan kejelitaan yang dimilikinya hari ini.
SHUIB KESAL TAK TRY MENGORAT DAHULU
Tidak melepaskan peluang adalah komen dari rakan artis iaitu Shuib Sepahtu. Komen Shuib ini menarik perhatian ramai peminat apabila menegur kecantikan Jihan kini sehinggakan dia merasa menyesal kerana tidak ‘mencuba’ sewaktu kenal di dalam program Raja Lawak dahulu.
“Klu aku tau ko akan cantik sebegini rupa,masa mgu pertama Rajalawak 3 aku dah mengorat kau,,tp malangnya waktu tu kau membutakan mata aku @jihanmuse..” Tulis Shuib di ruangan komen IG Jihan.
Secara tidak langsung, komen yang ditinggalkan mengundang perhatian ramai. Ramai yang memberikan reaksi bahawa mungkin komen Shuib ini akan mengguriskan hati isterinya, Siti Sarah. Ada juga yang berseloroh mengatakan Shuib bakal tidur luar gara-gara menggatal dengan komen tersebut.
Ada yang turut meminta agar Shuib menghargai cinta yang dia miliki kini. yang penting ikhlas. Jangan pandang pada luaran kerana ianya tidak kekal.
RESPON WIN JIHAN
Tidak berdiam diri, Jihan turut membalas komen Shuib. Dia berasa syukur kerana Shuib tidak bertindak sedemikian kerana paras rupa Shuib masih kekal seperti dulu.
“@shuibsepahtu nasib baik aku tau ko akan kekal sebegitu..” Balas seloroh Jihan.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua pelawak ini yang mana saling ada je bahan untuk membalas antara satu sama lain. Biarpun niat asal Shuib ingin memuji Jihan secara makan dalam, akhirnya terkena atas batang hidung sendiri.
Apa pun itu hanya lah gurau jenaka antara dua rakan artis. Semoga mereka berdua sentiasa kekal relavan dalam industri hiburan dan sentiasa mengeluarkan idea-idea lawak yang menarik untuk peminat di masa depan.
Sumber: Instagram Jihan Muse