Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[Video] Konten merapu! Youtuber terkenal papar kisah ‘Cikgu Suraya’ buat netizen rasa kesal

Youtube merupakan salah satu platform untuk menjana pendapatan pada masa kini. Mereka dapat bayaran melalui pengiklanan yang disertakan dalam konten video mereka. Jadi tidak hairan lah ramai youtuber mula muncul kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan tak terkecuali artis kita pun turut serta.

Sumber Instagram

Menghasilkan konten yang berkualiti bukan lah sesuatu hal yang mudah. Individu tersebut haruslah memikirkan baik buruk jalan cerita sebelum ianya diterbitkan bagi mengelakkan berlaku salah tafsir daripada penonton.

KONTEN ALIEFF IRFAN MERAPU

Siapa yang tak kenal dengan youtuber sorang ni. Namanya mula terkenal sejak awal tahun lalu dengan langganan penonton yang lebih dari 1.8 juta di youtube menjadikan dirinya antara yang terkenal di Malaysia ketika ini.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah konten video yang di releasenya semalam menjadi topik hangat netizen pada hari ini. Ianya berikutan mempunyai unsur dan adengan tidak manis bagi tontonan kanak-kanan di bawah umur.

Sehinggakan wujud army di facebook untuk melaporkan video berkenaan untuk dibanned sebagai tontonan umum. Seharusnya perkara ini perlu diperhalusi oleh pihak Irfan sendiri bagi memastikan kontennya lebih relevan dan disambut baik oleh rakyat di Negara kita.

Sumber Facebook

SPECIAL ARMED FORCED X JASMINE SURAYA

Video yang dimaksudkan adalah bertajuk Special Armed Forced X Jasmine Suraya mengisahkan jalan cerita seakan cerpen lama ‘Cikgu Suraya’ yang terkenal pada zaman 90an. Cerita ini amat digilai para remaja kerana memaparkan kisah berunsur kuning antara cikgu dan juga muridnya.

Sumber Youtube

Episod satu drama ini bagaimana pun tidak dipersetujui oleh ramai pihak. Ianya boleh mencemarkan pemikiran anak muda yang menonton dan menjadikan channel Alieff Irfan ini sebagai rancangan pilihan mereka.

Sumber Youtube

TAKTIK UNTUK MERAIH TONTONAN

Mungkin Alieff Irfan ada taktiknya tersendiri dalam mempromosikan dramanya melalui plot twist sebegini. Dengan memperkenalkan kembali cerpen ‘Cikgu Suraya’ ini pada awal cerita untuk meraih tontonan dan diselitkan dengan plot twist yang baik dan berakhir dengan pengajaran. Kebiasaannya karya Alieff Irfan berakhir dengan dramatik dan kemungkinan perkara yang sama dia ini tampilkan pada drama ini.

Apa pun sama-sama kita nantikan kesudahan dan pengakhiran drama ini. Tapi bagi penulis, seeloknya dijauhkan la cerita-cerita negatif sebegini yang sikit sebanyak memanipulasi pemikiran anak muda. Semoga Alieff Irfan jadikan teguran para netizen ini sebagai pemangkin semangat untuk dia hasilkan konten yang lebih baik kelak.

KREDIT VIDEO

Sumber: Youtube Alieff Irfan, Facebook Cikgu Fadhli

Kongsi artikel ini: