Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pelbagai taktik dan teknik digunakan oleh masyarakat kita kini untuk meraih pendapatan melalui atas talian. Kalau guna saluran yang betul takpe la jugak. Yang tiada kena mengena terpaksa menanggung akibat. Apa yang penulis maksudkan adalah apabila Tok Ti menjadi mangsa kepada pihak yang tak bertanggungjawab.
SITI AAFIYAH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN BERNIAGA
Terbaru, Datuk Seri Nurhaliza atau lebih selesa disapa sebagai Tok Ti ada meluahkan rasa terkilan apabila wujud pihak yang tak bertanggungjawab menggunakan nama anaknya, Siti Aafiyah untuk bahan pengiklanan. Mereka ini mencipta akaun instagram palsu menggunakan nama Aafiyah sebagai penarik peminat untuk mengikuti mereka.
TIDAK MEMINTA IZIN
Apa yang lebih menyedihkan penyanyi nombor satu Negara ini adalah individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini menjual serta memasarkan pelbagai produk di atas nama Aafiyah. Mereka langsung tidak meminta izin dari Tok Ti terlebih dahulu untuk berbuat demikian.
“Terlalu banyak akaun yang menggunakan nama anak saya, Siti Aafiyah, saya juga mendapat aduan daripada peminat-peminat saya yang prihatin apabila instagram yang menggunakan nama Aafiyah digunakan untuk perniagaan pelbagai barangan dan sebagainya. “
“Gambar di atas adalah salah satu akaun yang menjual produk menggunakan akaun bernama Aafiyah dan produk tersebut bukan daripada perniagaan saya. Saya sangat bermohon agar jangan mengambil kesempatan di atas nama Aafiyah apatah lagi terdapat beratus-ratus akaun di atas nama Aafiyah.” Jelas Tok Ti kecewa di ruangan instagramnya.
AAFIYAH TIDAK MEMPUNYAI AKAUN IG
Dikesempatan ini juga, Tok Ti menjelaskan kepada netizen bahawa anaknya, Aafiyah tidak mempunyai akaun instagram buat masa ini. Ianya berikutan penyanyi ini tidak mahu masyarakat salah sangka ataupun tertipu dengan mana-mana pengiklanan yang dibuat atas nama anaknya.
“Saya di sini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Aafiyah TIDAK MEMPUNYAI AKAUN INSTAGRAM dan saya berharap anda tidak terpedaya jika ada yang menyamar atau menjual produk bukan dari perniagaan saya ataupun menggunakan akaun tersebut untuk tujuan-tujuan tidak baik. Berniagalah dengan jujur dan jangan menyalahgunakan nama Aafiyah.” Tambah Tok Ti lagi.
BERNIAGA DENGAN JUJUR
Natijahnya, berniaga antara perkara yang dituntut dalam agama. Tetapi jangan jadikan berniaga alasan untuk mudah menjana pendapatan di atas nama orang lain. Terapkan nilai jujur dalam perniagaan kerana unsur penipuan boleh jatuh hukum haram atas sumber pendapatan. Sama-sama lah kita ubah mentality perniagaan sebegini.
Sumber: Instagram Tok Ti