Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pelakon cantik yang semakin mendapat tempat dihati penonton iaitu Nelydia Senrose selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi pada April lepas. Umum turut mengetahui keakraban Nelydia dan kakaknya Uqasha bersama ahli keluarga yang lain.
VIDEO AKSI MESRA ANTARA ADIK BERADIK SENROSE
Mereka dilihat sering menghabiskan aktiviti bergurau senda bersama sekiranya ada waktu terluang. Terbaru, tersebarnya rakaman video di media sosial aktiviti yang dilakukan mereka sekeluarga. Apa yang menajadi perhatian netizen sehinggakan timbul pelbagai buah mulut adalah aksi mesra berpelukan mereka sekeluarga.
KREDIT VIDEO
MELAGA PIPI KEPADA SUAMI NELYDIA
Video tersebut ada memaparkan aksi Uqasha yang berusia 27 tahun sedang bersalam dengan adik beradiknya. Namun yang dipertikan oleh pihak netizen adalah boleh pula dia melagakan pipi kepada adik iparnya iaitu Hafez Halimi dengan perasaan yang tidak bersalah.
MENGUNDANG PERSEPSI KURANG BAIK NETIZEN
Secara tidak langsung dengan penularan video aksi Uqasha ini mengundang buah mulut peminatnya. Mana kan tidaknya, sudah pasti hukumnya haram bagi ipar duai bersentuhan inikan pulan berlaga pipi. Rata-rata netizen menasihat agar Uqasha lebih peka untuk menjaga adab pergaulan bersama keluarganya.
Tidak terkecuali, ada yang turut bersuara agar Uqasha perlu belajar balik hukum halal haram dan batas agama disebabkan benda basic macam ni pun dia tak mampu kawal.
JANGAN IKUT SANGAT BUDAYA BARAT
Kebebasan dalam pergaulan antara punca terjadinya isu sebegini. Terdedah terlalu awal dengan gaya hidup kebaratan menjadikan mereka selesa beraksi sedemikian. Dapat dilihat juga netizen bersuara agar mereka jangan terlalu mengikut budaya barat. Akibatnya nanti nama keluarga yang terkesan.
KAKAK IPAR HARUAN
Yang menarik perhatian penulis adalah salah seorang komen individu ini yang mana dia menyamakan aksi Uqasha seperti kakak ipar haruan memakan adik ipar haruan. Apapun kita bersangka baik lah. Mungkin hubungan terlalu rapat antara adik beradik menjadikan mereka saling menerima.
Semoga selepas ini Uqasha lebih berhati-hati dalam menjaga adab pergaulan biarpun dalam keluarga sendiri agar ianya tidak tersebar dan menjadi buah mulut peminat.
Sumber: Instagram uqashamiming