Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama pelakon kacak Amar Asyraf mula menjadi bualan para warganet sejak dua menjak. Ini berikutan keluar dakwaan dari seorang wanita yang dikenali sebagai Ellika Azman membongkar kisahnya yang hampir mengahwini dan menjadi isteri ketiga Amar.
TAK SALAH RAHSIAKAN PERKAHWINAN KEDUA-ASHRAF MUSLIM
Secara tidak langsung isu Amar ini menjadi perhatian rakan artis yang juga mempunyai dua orang isteri iaitu Ashraf Muslim. Dia memberitahu Amar tidak ada salahnya untuk merahsiakan perkahwinan kedua tetapi sebagai seorang public figure yang sering menjadi perhatian perlu juga menghebahkannya agar tidak timbul fitnah kemudian hari.
AMAR PATUT JUMPA SAYA
Ashraf Muslim sempat memberitahu yang Amar sepatutnya berjumpa dengannya bagi mendapatkan nasihat. Ini kerana sebagai selebriti sudah pasti ramai yang ingin tahu seluar dalam kehidupan para artis serta keluarga.
“Patutnya Amar kena jumpa saya, mungkin saya boleh beri nasihat. Bagi saya tak salah nak rahsiakan perkahwinan kedua tapi kena ingat sebagai selebriti, ramai di luar sana ingin tahu mengenai keluarga kita.”
“Jadi, kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya tidak berlaku fitnah. Nak kahwin berapa pun tak ada masalah, tapi kena lakukan dengan cara yang betul.” Memetik kenyataan Ashraf Muslim kepada mStar Online.
KALAU TAK MAMPU JANGAN BUAT
Bagi Ashraf, untuk kahwin berapa bukan lah masalahnya. Yang penting dilakukan dengan cara yang betul. Menggalas tugas dengan penuh amanah adalah kunci kepada kehidupan yang berkeluarga ramai. Biar mampu berikan masa, kewangan, kasih sayang dan banyak lagi dengan adil antara mereka.
“Berpoligami ini tidak salah sekiranya seorang suami itu mampu daripada segi menjaga para isteri, anak-anak dan bijak menguruskan rumah tangga. Paling penting, mampu menggalas amanah yang Allah berikan.”
“Kalau rasa-rasanya tak mampu, janganlah buat. Mampu ini banyak maksud antaranya masa, kewangan, kasih sayang dan segalanya.” Jelas Ashraf Muslim lagi.
Ashraf Muslim mempunyai dua orang isteri iaitu pertama Nor Dayana Lokman manakala madunya Wan Nurul Sakinah. Hasil perkahwinan mereka ini, Ashraf dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Kredit: mStar Online