Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Menunjuk kuat! Aksi Hairul Azreen dirikan anak atas tapak tangan ditegur Angkasawan Negara

Umum mengetahui hero Paskal, Hairul Azereen dilihat sangat bahagia dengan keluarga yang dibinanya. Hairul membina rumah tangganya dengan pelakon cantik molek Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar yang berusia 3 tahun dan Alisa yang kini berusia 4 bulan.

Sumber Instagram

Bagi peminat yang sering melewati instagram Hairul ini, sudah pasti anda akan perasaan yang Hairul sering memuat naik gambarnya yang sentiasa bermain dengan anak-anaknya. Terbaru yang menjadi perhatian adalah perkongsian videonya yang bermain dengan Alisa.

AKSI DIRIKAN ANAK ATAS TAPAK TANGAN BUAT NETIZEN RASA KAGUM

Dalam klip video berkenaan, dapat dilihat Hairul melakukan aksi mendirikan Alisa di atas sebelah tapak tangannya. Ramai pengikut yang berasa kagum dengan aksi sedemikian yang difikirkan sebagai seorang ayah yang kuat dan berani. Tak kurang hebatnya ada yang turut rasa berdebar apabila melihat Alisa yang baru berusia 4 bulan mampu mengimbangi badan.

Sumber Instagram

KENA SEKOLAHKAN ANGKASAWAN NEGARA

Namun, dalam banyak-banyak komen yang menarik perhatian adalah angkasawan Negara yang turut meninggalkan komen di post Hairul ini. Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dilihat menegur tindakan Hairul itu yang boleh mendatangkan kesan yang kurang baik kepada bayinya.

Sumber Instagram

Dr. Muszaphar memberitahu yang tulang bayi masih lemah dan tidak kuat untuk menampung beban berat fizikalnya memandangkan Alisa masih belum mampu untuk berdiri buat masa ini. Ini berikutan dalam rakaman dapat dilihat kaki Alisa membengkok sewaktu menahan diri di atas tangan Hairul.

Sumber Instagram

Ada logiknya kerana tulang serta otot bayi masih lemah dan dalam fasa untuk membesar. Sekiranya tersalah sikit boleh meninggalkan kesan jangka panjang buat si kecil. Walau bagaimanapun, komen dari Dr. Muszaphar ini dilihat dipadamkan dari ruangan komen. Mungkin Hairul tak ingin ada spekulasi berikutan video yang dikongsikannya ini.

KREDIT VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

@thealisaaisyah 4 months #SundayisFamilyDay

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Kesimpulannya, teguran dan ilmu yang bermanfaat seeloknya dijadikan iktibar. Lagi pun trend mendirikan anak sebegini tidak mendatangkan apa-apa faedah pun buat kita malah kesannya yang kurang baik lebih jelas terselah. Semoga teguran Dr. Muszaphar ini membuka minda kita dalam berhati-hati berguran dan bermain dengan si kecil.

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Kongsi artikel ini: