Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida mempunyai seorang anak gadis hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang kini berumur 14 tahun. Dia lebih selesa disapa sebagai Cik B merupakan anak sulong kepada usahawan ini.
Kalau dilihat menerusi laman instagram milik Cik B, sangat jarang dai berpenampilan seperti remaja perempuan lain yang sukakan berfesyen. Tapi sebaliknya bagi Cik B yang lebih selesa berpakaian tshirt dan juga seluar bersahaja. Biarpun merupakan bakal pewaris ibunya, Cik B juga tidak sombong menayangkan kemewahan yang dia miliki.
JADI MODEL COVER MAJALAH
Terbaru di laman instagram miliknya, Cik B mengejutkan ramai pengikutnya apabila tampil berbeza. Sebelum ini dia lebih menggayakan ala boyish tapi kini tidak lagi. Menjadi model untuk cover majalah Remaja, Cik B muncul dengan gaya sangat feminine dan eksotik.
Dapat dilihat make up yang dikenakan ke atasnya sangat rapi dan kena dengan tona wajahnya. Sekali pandang tak serupa langsung dengan Cik B sebelum ini.
MOLEK SANGAT MACAM NI
Dengan penampilan baru yang digayakannya ini telah mendapat reaksi positif di kalangan pengikutnya di instagram. Keseluruhan netizen amat terkejut dengan imej feminin yang ditampilkan, maklumlah sebelum ni dia lebih selesa dengan gaya bersahaja.
Rata-rata mereka memuji Cik B cantik dan kelihatan outstanding dari biasa. Sudah pasti dengan make up yang on point membuatkan ramai yang cemburu bila Cik B buat hal mengalahkan artis. Ada juga yang meminta agar Cik B meneruskan penampilan sebegini di masa depan.
Secara keseluruhan, dapat disimpulkan jangan menilai seseorang dari luaran sahaja kerana ianya tidak kekal. Kita boleh mengubah penampilan luaran mengikut kehendak. Yang penting dalaman, hati biarlah bersih dan buang segala toksik hasad dengki.
Sumber: Instagram Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin