Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak jaga sensitiviti,bukan salah saya! Haneesya Hanee enggan padam foto bertudung nampak peha

Bakat Haneesya Hanee mula dicungkil menerusi program Dewi Remaja 2018/2019. Sejak dirinya ditarik balik kemenangan, pelbagai spekulasi dan kontroversi diperkatakan ke atas dirinya. Bukan sahaja menjadi mangsa cyberbully, malah ramai yang mula pertikai segala tindakan yang dibuatnya tidak kena.

Sumber Instagram

TAK JAGA SENSITIVITI

Terbaru tersebar gambar di media sosial Hanee memakai selendang di kepalanya tetapi mendedahkan bahagian peha dan lutut. Sekali gus mengundang buah mulut netizen tentang isu tersebut. Netizen berasa tidak selesa dengan tindakan Hanee seolah-olah mempersendakan pakaian agama dan sensitiviti rakyat di Negara kita.

NETIZEN MOHON HANEE PADAM GAMBAR YANG TERPALIT

Terbaru, menerusi instagram Hanee, ada individu menegur agar dia memadamkan gambar yang tersebar demi menjaga maruah diri dan keluarga.

“Mohon la delete gambar tgh berak tu sis, mempersendakan agama sbb kau tu islam! Mak bertutup litup takkan your mom tak ajar dri segi pakaian u? eve u seksi skli pun hormat agama!!!!” Tulis individu berkenaan.

Walau bagaimanapun, komen individu berkenaan mendapat perhatian Hanee sendiri. Dia memaklumkan bukan dia yang sepatutnya memadamkan gambar berkenaan sebaliknya jenama yang melantiknya untuk berbuat demikian sepatutnya bertanggungjawab.

Sumber mStar Online

“It’s not me who post the picture. Suruh brand tu delete diorang yg post. Comment sini buat apa? Tak de kerja dh?” Balas Hanee berhubung teguran individu berkenaan.

HANEE RASA KESAL

Terdahulu selepas tersebarnya gambar berkenaan, Hanee meluahkan rasa kekesalannya dengan jenama yang dimaksudkan kerana telah ingkar janji yang mana tidak akan mendedahkan gambar sepenuhnya malah sebaliknya yang berlaku. Akhirnya dia terpaksa menanggung segala kritikan daripada netizen.

Sumber Instagram

BUKAN SEORANG YANG JAHIL

Hanee juga pernah memberitahu yang dirinya bukanlah jahil sehingga ingin bertindak sedemikian rupa, mempersendakan agama. Apa pun sehingga hari ini gambar berkenaan masih lagi ada di media sosial dan menjadi buah mulut orang ramai.

Seperti biasa, kadang-kadang tidak salah untuk kita menerima pandangan orang luar. Itupun demi kebaikan maruah kita bersama. Yang baik kita dengar, yang buruk kita tolak tepi. Apa pun sama sama kita doakan yang terbaik buat Haneesya Hanee.

Sumber: mStar Online

Kongsi artikel ini: