Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Suamiku Mr Driver Lori! Ibu bapa guru ini dihina oleh orang kampung demi menghalalkan anak daranya

Membina sebuah masjid sakinah bukan sahaja memerlukan cinta tetapi pengorbanan dan pemahaman setiap pasangan. Perkahwinan biasanya akan berteraskan oleh sebuah cinta antara dua hati, namun begitu banyak lagi unsur lain yang perlu difikirkan untuk membina keluarga.

Ada pasangan yang bercinta lebih lima tahun dan masih belum menjalinkan ikatan sah dan ada juga kenal hanya beberapa minggu tetapi inginkan kebahagian rumahtangga yang halal disisi agama. Banyak ragam bila nak bicarakan perihal nikah.

“ANAK PANDAI, KAHWINKAN DENGAN PEMANDU LORI”

Tular di akaun twitter milik seorang cikgu wanita yang cantik, Azura Orkid mengenai satu perkongsian yang berlaku terhadap dirinya. Dalam posting tersebut Azura telah memuat naik foto perkahwinan nya dengan suami dia iaitu seorang pemandu lori.

Tulis Azura dia merupadakan seorang guru yang berkelulusan ijazah dan juga master manakala suami pilihan hatinya itu hanyalah bekasan SPM.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah apabila Azura memberitahu bahawa perkahwinan yang dibinanya itu telah menjadi buah mulut orang kampung kerana menurut makcik bawang sekalian mereka mempertikaikan ibu bapa Azura kerana merestui perkahwinan anak yang bija pandai dengan seorang pemandu lori.

Sumber Twitter

Jelas Azura tidak ada apa yang pelik dan salah dengan mengahwini seorang pemandu lori kerana dirinya juga bukanlah seorang yang bercitarasa tinggi kerana baginya setiap insan di dunia sama sahaja.

HANTARAN TAK DEMAND WALAUPUN ADA MASTER

Sebelum ini, hal hantaran menjadi pertikaian dimedia sosial kerana ada yang menyifatkan hantaran kepada isteri mestilah mengikut taraf pendidikan masing masing, namun begitu banyak jjuga ditentang oleh warganet kerana sebuah perkahwinan bukanlah untuk menjual anak dara itu ataupun berharga hanya pada hantaran.

Sama seperti Azura dia tidak pernah meminta untuk mendapat berapakan hantaran yang akan diberi oleh suaminya itu. Dia sebagai seorang guru yang mempunyai master berserah kepada suami nya dan bersetuju menerima RM 10,000 sebagai hantaran.

 

Tambahnya, itu bukan lah ukuran rumahtangga yang bakal dibinanya. Memang betul kerana setiap individu tu tak sama, sama sahaja apa jua pekerjaan seseorang itu asalkan dia pandai menguruskan rumahtangga yang dibina itu. Kadang kadang kerja project management pun ada juga yang fail dalam menguruskan rumah tangga.

Sumber : Azura Orkid

Kongsi artikel ini: