Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tuntut Hartanah RM47 Juta! Rihana Oksana fail petisyen tentukan DNA bapa kepada anaknya, Leon Ismail

Perkahwinan tergempar diraja antara Sultan Muhammad V iaitu mantan Yang Di-Pertuan Agong ke 15 Malaysia dengan bekas ratu Moscow Rihana Oksana Gorbatenko merupakan satu perkahwinan kontroversi yang belum lagi selesai sehingga ke hari ini. Banyak desas desus daripada sebelah pihak yang tidak bertemu jawapan.

CABAR SULTAN MELAKUKAN UJIAN DNA BAGI MENGETAHUI BAPA ANAKNYA

Susulan daripada peguan Sultan Kelantan yang telah mempersoalkan yang tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V ialah bapa kandung kepada bayi, Leon Ismail lalu, Rihana telah tampil mencabar baginda sutan untuk membuat ujian DNA.

Sumber Instagram

Menurut Rihana ujian DNA itu akan mengesahkan siapakah bapa kepada bayi yang dilahirkan itu. Rihana tetap berkeras bahawa bayi itu adalah anak kepada Sultan Muhammad V dan sering membuat posting di akaun instagramnya.

LEON ISMAIL BERWAJAH ASIA DAN MIRIP BAPANYA

Tambah Rihana lagi, anak kelahirannya itu adalah mirip ayahnya iaitu baginda Sultan Muhammad V. dia juga menjelaskan bahawa Leon berwajah Asia seperti bapanya. Namun kenyataan itu tidak pernah mendapat kenyataan daripada pihak istana.

Sumber Instagram

Rihana menjelaskan bahawa dia dan anaknya tidak ketemu Sultan Muhammad V sejak pada Disember tahun lalu sehingga kini dan memberitahu bahawa baginda sengaja bersembunyi dan tidak dapat dihubungi langsung.

MENUNTUT ELAUN DAN HARTANAH BERJUMLAH RM47 JUTA!!

Terbaru, menurut Daily Mail Rihana telah memfailkan petisyen paternity di salah satu mahkamah di Rusia semalam. Rihana telah memfailkan tuntutan kepada baginda yang berjumlah kira kira RM123,000 bagi elaun bulanan dan juga hartanah di Moscow dan London yang bernilai kira kira RM47 juta itu tidak dilayan sama sekali oleh Sultan Muhammad V.

Sumber Instagram

JUAL CINCIN NIKAH, RM1 JUTA BAGI MEMBAYAR BIL

Rihana juga mendakwa bahawa dia terpaksa menjual cincin perkahwinan mereka dengan anggaran harga RM1 juta bagi membiayai bil bil perubatan untuk anaknya yang sebelum ini dilaporkan sakit itu.

Sumber Instagram

Sumber : Free Malaysia Today

Kongsi artikel ini: