Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Gagal jadi isteri yang baik! Isteri pertama Amar Ashraf dedah kisah sebenar, tetap setia disisi suami

Pelakon kacak, Amar Ashraf menggegarkan industri hiburan baru-baru ini apabila seorang wanita tampil mendedahkan kisah cinta tiga segi aktor berkenaan. Menurut wanita tersebut yang dikenali sebagai Ellika Azman mendakwa yang dirinya hampir mengahwini Amar namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana mengetahui yang Amar sudahpun berkahwin dua dan mengabaikan tanggungjawabnya.

Sumber Instagram

TETAP SETIA DI SISI

Setelah tersebarnya cerita berkenaan, isteri pertama Amar iaitu Arna Salleh tampil membuka mulut. Menurut Arna, dia tetap berada di sisi suaminya itu biarpun kisah kontroversi yang melanda suaminya dan madu kedua diketahui umum.

Sumber Instagram

 

AKUI PERMINTAAN RM 100K IBU AMAR

Sebelum ini, Ellika dalam kenyataannya mendakwa ibu Amar ada meminta wang sebanyak RM100,000 kepadanya dan ianya diakui benar oleh Arna. Jelas Arna, tindakan ibu Amar ini berikutan menggagalkan perkahwinan antara Ellika dan Amar sebenarnya namun Ellika sanggup untuk membayar.

ELLIKA SANGGUP BAYAR

Kisahnya bermula apabila Ellika memaksa kedua-dua belah keluarga berjumpa untuk menguruskan hal perkahwinan yang dirancang. Walau bagaimanapun, ibu Amar tidak bersetuju dengan perkahwinan ini dan Ellika mula bersikap dingin.

Sumber Instagram

Oleh yang demikian, ibu Amar sengaja jadikan alasan kepada pihak perempuan membayar jumlah yang diminta, RM100,000 tujuan membayar segala hutang yang Amar ada. Demikian mereka dibenarkan untuk berkahwin. Sebaliknya berlaku apabila Ellika memberitahu yang dia ada jumlah yang diminta.

ARNA AKUI BERPUNCA DARINYA

Sedar dengan kemelut yang melanda dalam rumah tangganya, Arna memohon maaf kepada keluarga kerana tidak memberitahu masalah yang mereka alami selama ini. Dia jujur akui gagal menjadi isteri yang baik dan menjadi punca timbulnya masalah antara mereka.

Sumber Instagram

Selama ini, dia jadikan anak sebagai penguat ikatan rumah tangga. Dia pun berjanji untuk pulihkan keadaan dan membaiki kekurangan diri agar rumah tangga yang dipertahankan selama ini kekal utuh.

BERSERAH KEPADA AMAR

Menurut Arna lagi, dia tidak akan sesekali meninggalkan suaminya seorang diri dalam berhadapan situsi sukar seperti hari ini. Dia menyerahkan segala keputusan kepada Amar sebagai suami sekiranya dia dah pun baiki diri menjadi seorang isteri yang baik, tapi masih berlanjutan masalah antara mereka.

Sumber Instagram

Natijahnya, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Sama-sama kita doakan kemelut yang melanda ini bertemu jawapannya kelak.

Sumber: Instagram Arna Salleh

Kongsi artikel ini: