Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Diam-diam ubi berisi! Zara Zya akhirnya ikat tali pertunangan, majlis cantik kalah raja sehari

Umum mengetahui hubungan cinta antara Zara Zya dan Hafreez Adam sudah lama terjalin. Hubungan mereka mula dihidu sewaktu berlakon bersama dalam sebuah drama bersiri, Mona Lisa berikutan aksi-aksi rapat dan manja di luar set pergambaran.

Sumber Instagram

BERTUNANG MENGALAHKAN RAJA SEHARI

Alhamdulillah dan tahniah diucap kepada pasangan ini. Setelah hampir dua tahun berkawan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada hari ini. Berita baik ini dikongsikan oleh usahawan kosmestik terkenal iaitu Alha Alfa yang mana menjadi jurumekap Zara pada majlis itu.

Sumber Instagram

Sudah pasti dugaan dan cabaran akan ada sewaktu proses pertunangan ini. Dugaan sebagai pasangan kekasih dan bertunang adalah berbeza. Di sini lah ujian akan muncul bagi memastikan kita benar-benar mengenali baik buruk pasangan.

Sumber Instagram

“Taahhhniiaaahhhhhhh!!!! yeayyy makeup done for my luvly @zarazya happyyynyaaaaaaa xlama dah! penyakit berjangkit lepas i..u pulak okehhh i happy gila2!! selamat bertunang zara! i doakan cepat2 ke jinjang pelamin..love tak foudation baru @alhaalfacosmetics_hq ?? gebu gebas!” Kongsi Alha Alfa di laman instagramnya.

Sumber Instagram

SIMPLE TAPI CANTIK

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan berita ini. Dalam diam mereka bertunang dalam majlis tertutup tanpa war-warkan kepada umum. Namun netizen sangat gembira dan memuji kecantikan Zara Zya hasil sentuhan Alha Alfa ini biarpun make up yang simple. Mereka juga turut mengucapkan tahniah buat pasangan sejoli ini.

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

Zara Zya dan Hafreez sehingga kini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung penetapan tarikh perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun semoga mereka dapat menjalani fasa hidup yang baru dalam menjaga perhubungan dan sama-sama kita doakan agar merekan berkekalan hingga ke jingang pelamin. Tahniah diucapkan sekali lagi!

Sumber: Instagram Alha Alfa

Kongsi artikel ini: