Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Anak adalah pembawa rezeki dalam sesebuah keluarga. Sudah sekali pun bila ada anak, percaya lah yang rezeki kita tak pernah putus. Mungkin pada awalnya kita akan rasa tak mampu untuk menanggung segala kos tapi akhirnya tetap juga dapat besarkan anak dengan baik dan sempurna, semuanya atas izin Tuhan.
ELFIRA LOY KONGSIKAN DETIK INDAH
Jadi, tidak hairan lah sekiranya kita melihat wajah kegembiraan ibu bapa sewaktu menimang cahaya mata buat kali pertama. Antaranya adalah pelakon cantik berkening lebat iaitu Elfira Loy. Elfira tidak terkecuali dalam berkongsikan saat indah sewaktu melahirkan anak pertamanya, Muhammad Rayyan Khalaf.
Seperti yang diketahui, Elfira dan suami, Faris Anuar baru sahaja menyambut bayi sulong mereka pada 1 Oktober lepas. Sebagai rekod, mereka mendirikan mahligai rumah tangga pada 1 Januari tahun ini setelah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan sebelumnya.
SEDANG BERPANTANG STILL NAMPAK LAWA
Elfira kini sedang melalui proses berpantang di rumahnya. Dia tidak melepaskan peluang dengan berkongsikan detik manis dengan peminat menjaga bayinya dengan memuat naik rakaman video di laman Instagram miliknya.
KREDIT VIDEO
Dapat dilihat kegembiraan terpancar di wajahnya sewaktu mendodoikan Rayyan.
KALAU ORANG LAIN DAH MACAM MAK LAMPIR
Perkongsian Elfira pada kali ini menarik minat ramai netizen gara-gara penjagaan serta penampilannya yang jelas terjaga. Ramai yang memuji Elfira masih manis dan cantik biarpun masih lagi sakit berpantang. Siap ada yang berseloroh, kalau orang lain di tempatnya, tentu muka dah macam lampir.
Memang tak percaya apabila dah dapat khabar berita Elfira dah ada anak. Penulis kenal dia dulu dia masih lagi kecil, sewaktu rancangan Tom Tom Bak bersama Pak Nil. Apa pun diharapkan dengan kehadiran orang bari dalam keluarga mereka ini menjadi pengikat yang kuat kasih sayang suami isteri.
Didoakan agar rezeki mereka terus bertambah dan juga kekal bahagia selalu. Tahniah Elfira dan suami!
Sumber: Instagram muhamadrayyankhalafofficial