Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[Video] Maaf,berat untuk luahkan! Akhirnya Fizo Omar, Mawar akur tutup operasi Restoran Fizomawar

Seperti yang sedia maklum, Fizo dan Mawar telah mengambil keputusan untuk membawa jalan masing-masing setelah mendirikan rumah tangga selama hampir 6 tahun. Ianya menemui titik nokhtah pada Julai lepas apabila kedua mereka buntu dalam menyelesaikan kemelut yang melanda.

BERSEPAKAT MENUTUP RESTORAN FIZOMAWAR

Terbaru menerusi Chanel Youtube Fizo Omar, Fizo dukacita mengumumkan penutupan seluruh operasi bagi Restoran Fizomawar yang berada di Bangi dan juga Kota Bharu pada hujung bulan ini, biarpun ramai pelanggannya meminta agar meneruskan perniagaan ini.

Keputusan ini dibuat setelah mendapat kata sepakat bersama bekas isterinya, Mawar setelah ramai yang bertanyakan hala tuju Fizomawar Kitchen ini setelah mereka berpisah.

BANYAK KENANGAN

Menerusi video tersebut, Fizo menjelaskan yang sebenarnya amat berat untuk dia membuat keputusan ini memandangkan terlampau banyak kenangan serta usahanya dalam membangunkan perniagaan ini. Hampir 300,000 pelanggan yang datang ke restorannya dan ianya satu kehilangan besar kerana bukan mudah untuk mengambil hati pelanggan seramai itu.

Dia percaya penutupan restoran ini bukan lah sesuatu yang mendatangkan kerugian dan baginya, dia percaya Tuhan telah menetapkan sebaik-baik perancangan bagi kedua-dua pihak.

HADIAH BUAT MAWAR

Sebagai rekod, Fizomawar Kitchen ini dibuka operasinya pada tahun 2015 lagi. Ianya berikutan hadiah Fizo buat Mawar serta ibunya. Segala macam makanan yang disediakan di restoran tersebut adalah makanan kegemaran bagi ibunya dan juga Mawar.

Untuk membuka restoran ini juga, Fizo terpaksa belajar sendiri untuk memasak sehinggakan ke Thailand untuk mendalami masakan tersebut.

“Saya sendiri belajar masakan tersebut di Thailand dan restoran ini ada banyak kenangan.” Jelas Fizo sedih.

Walau bagaimanapun, sebelum restoran ini ditutup sepenuhnya Fizo memberitahu yang dia akan mengadakan majlis khas buat peminat dan pelanggan setia Fizomawar Kitchen yang mana tarikhnya akan diumumkan kelak.

Dalam pada lain, Fizo ada menjelaskan yang dia akan lebih fokus kepada pengurusan acara dan media sosial yang diusahakannya kini. Manakala, Mawar seperti biasa meneruskan legasi perniagaan Tudung Fareeda yang dimilikinya.

KREDIT VIDEO:

Diharapkan penutupan restoran ini bukannya menjadi tanda penamat buat mereka berdua. Semoga rezeki Fizo dan Mawar semakin bertambah dan hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: Youtube Fizo Omar

Kongsi artikel ini: