Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Azura tetap di hati! Jamal Abdillah menimang cahaya mata perempuan dikala usia 60 tahun

Sebut je nama Datuk Jamal Abdillah, 60 tahun pasti lagu Azura akan terngiang ngiang dalam kepala. Dengan suara emas gaya maskulin yang dimilikinya membuatkan penyanyi ini kekal relevan dalam industri nyanyian tanah air.

TAHNIAH! DAPAT CAHAYA MATA PEREMPUAN

Seperti yang diketahui, Jamal Abdillah sebelum ini memilih Zai Izzati Khiruddin yang jauh lebih muda darinya iaitu kini 25 tahun, sebagai pasangan hidupnya. Hari ini merupakan hari yang paling gembira buatnya dan isteri apabila baru sahaja menimang cahaya perempuan seberat 2.7 kilogram.

Menurut Jamal, isterinya selamat melahirkan bayi mereka secara pembedahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam.

“Isteri dimasukkan ke wad bersalin semalam dan pada jam 5.35 petang tadi, pembedahan selamat dijalankan.

“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram.” Memetik kenyataannya kepada Harian Metro.

KEADAAN ISTERI

Bertanyakan mengenai keadaan isterinya, Jamal memberitahu yang disebabkan isterinya melahirkan secara pembedahan, Izzati perlu ditahan dalam wad beberapa hari terlebih dahulu untuk pemantauan doktor sebelum dibenarkan berpantang di rumah.

“Maklumlah, isteri melahirkan anak secara pembedahan dan doktor mahu memastikan keadaannya okey dulu sebelum pulang ke rumah.

“Isteri juga akan menjalani tempoh berpantang di kediaman kami di Shah Alam selepas keluar dari wad nanti.” Jelas Jamal lagi.

NAMA BABY-AZURA

Mereka tidak merahsiakan wajah anak mereka dan berkongsikan momen tersebut kepada para peminat. Dapat dilihat wajah puteri mereka yang sangat comel, kulit yang putih gebu seiras dengan wajah Jamal sendiri. Disapa berkenaan nama, Jamal dan Izzati memilih Nur Azura Yamani untuk puteri sulong mereka ini. Azura tetap dihati katakan!

Menjengah ke ruangan komen, rata rata peminat turut gembira dengan kehadiran puteri Jamal ini dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Mereka juga mendoakan agar dengan kehadiran zuriat ini menambahkan lagi kemanisan dalam perkahwinan yang dibina dan berbahagia hingga ke Jannah.

Bagaimanapun, penulis sekali lagi mengucapkan tahniah buat Datuk Jamal dan Datin Zai Izzati dengan berita gembira ini. Diharapkan baby membesar dengan sihat dan menambahkan lagi berkat rezeki seisi keluarga.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: