Selalu kena bahan! Over sangat, inilah sebab Shida, adik Shila Amzah tegur Haneesya Hanee

Sekarang ni ramai yang buat sesuatu diluar jangkaan demi meraih likes selari dengan dunia zaman sekarang yang semuanya gila kan likes dan dahagakan perhatian di media sosial. Tetapi sebagai seorang selebriti, sudah tentu kerjanya untuk menghiburkan warganet dan memberi hiburan tak kira cara.

MEMANG CANTIK TAPI DAH TAHAP MELAMPAU

Tular harini mengenai satu posting di akaun Twitter yang dimuat naik oleh penyanyi Syada Amzah mengenai satu foto yang memberi seribu satu andaian daripada netizen. Syada telah berkongsikan satu paparan printscreen gambar seorang model yag tengah hot dengan banyak kontroversi, Haneesya Hanee.

Sumber Twitter

Terbaru Haneesya Hanee tular dengan berita yang emaknya membuat saman kepada netizen yang bermuut puaka mengata anaknya dan sebagai body shaming. Haneesya Hanee, 19 tahun sebelum ini tampil dengan tular video dirinya berparti.

Sumber Instagram

Gambar yang dikongsikan Syada adalah Haneesya sedang mempromosikan satu produk namun caranya itu agak keterlaluan sebagai imej wanita Muslim dan bagi wanita yang bertudung. Foto Haneesya Hanee sedang memakai seolah olah tudung litup tetapi bahagian bawah kakinya semuanya tidak tertutup.

ROSAKKAN IMEJ ISLAM DAN WANITA BERTUDUNG

Andai kata ini adalah strategi marketing produk tersebut, namun sensitivity itu harus dijaga kerana ini dapat merosakkan seluruh imej sebagai umat Islam. Ramai warganet rata rata yang bertudung berasa tidak sedang dengan gambar itu kerana beranggapan itu sebagai kurang sopan.

Sumber Instagram

Posting twitter Syada itu memberi banyak kritikan dan ada juga yang positif dan baginya tidak ada apa yang salah tentang gambar itu. Syada juga menyebut bahawa dirinya amat meminati dengan kecantikan Haneesya Hanee tetapi perbuatan ini agak keterlaluan dan tidak boleh diterima dirinya.

Walaubagaimanapun, itu sama ada marketing mahupun sememangnya produk itu sengaja mengambil Haneesya Hanee yang sedang hangat dengan kontroversi sebagai model, terpulang kepada individu itu. Posting Twitter ini juga telah dipadam oleh Syada Amzah. Sebolehnya mestilah bijak.

Sumber : Syada Amzah , Haneesya Hanee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *