Alami nasib yang sama! Adira failkan permohonan di mahkamah untuk Datuk Red namun ditolak

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasi yang berbakat besar iaitu Adira Suhaimi kebelakangan ini banyak kontroversi yang menimpa dirinya sejak menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Sumber Instagram

Terbaru, banyak desas desus di laman sosial mengenai keretakan yang berlaku antara mereka yang tidak lagi sebumbung. Namun kenyataan itu tidak pernah mendapat pencerahan daripada kedua pihak.

Sumber Instagram

MEMFAILKAN PERPISAHAN DI MAHKAMAH SYARIAH

Tular menerusi satu maklumat yang telah diterima, Adira telah pun dikatakan membuka fail perpisahannya dengan suami di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak pada baru baru ini.

Kes pasangan dua sejoli ini dikatakan akan mengadakan perbicaraan pada hari ini iaitu pada jam 3 petang.

Menurut penyanyi wanita berbakat besar ini, kes itu sepatutnya dibicarakan pada jam 9 pagi tetapi telah ditunda ke petang kerana kes tersebut telah pun tular kepada umum dan dia ingin kan privasi dan tidak mahu diganggu.

‘SEMALAM BARU BUAT HUBUNGAN INTIM’- DATUK RED

Walaupun begitu, suaminya Datuk Red membangkang keras kenyataan itu dan memberitahu bahawa dia dan Adira masih mesra seperti sedia kala dan tiada sebab untuk mereka berpisah.

Tambahnya lagi, mereka baru saja melakukan hubungan intim semalam kerana Datuk Red telah pulang ke rumah Adira sebagai suami yang seperti biasa.

Adira merupakan isteri kedua yang dikahwininya di Songkhla, Thailand. Setelah mengharungi liku liku dalam awal perkahwinan namun, warga net berharap agar perhubungan itu dapat dijaga baik.

Sumber Instagram

ISTERI BUKA FAIL TANPA PENGETAHUAN, DATUK RED TIDAK MAHUKAN PERPISAHAN

Terbaru menurut sumber lagi, Datuk Red masih lagi mempertahankan rumah tangga yang dibina dengan bersusah payah itu. Rumah tangga mereka juga telah dikurniakan dengan rezeki 3 orang anak yang masing masing comel semua.

Sumber Instagram

Kes yang difailkan ini tidak diketahui oleh suaminya dan mahkamah telah menjatuhkan tarikh baru bagi membicarakan kes ini pada 17 Disember nanti. Adira yang tampil bersahaja tanpa teman ke mahkamah manakala suaminya telah ditemani dengan dua rakan sebentar tadi.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *