[Video] Meruntun hati! Lelaki ini berlari minta maaf dengan isteri lepas dengar nasihat Ustaz Ebit Lew

Pernah tak kita fikir kenapa Tuhan jadikan kehidupan ini berpasangan? Selain daripada mengembangkan generasi, tujuan hidup berpasangan adalah untuk melengkapi antara satu sama lain. Seperti sedia maklum, kita sebagai manusia sudah pasti memiliki banyak kelemahannya. Jadi, pasangan hidup lah yang akan menutup segala kelemahan tersebut.

Seperti yang kita ketahui, Ustaz Ebit Lew antara salah seorang individu yang boleh dijadikan role model. Dia sering berkongsikan kisah hidupnya dalam menghargai bidadarinya, yakni isterinya. Kisah dia cara dia sabar melayan kerenah si isteri dan juga menghadiahkan masa dan pelbagai hadiah semata-mata untuk mengembirakan hati pasangannya.

Sumber Instagram

LELAKI MENANGIS KESAL

Terbaru, menerusi perkongsian terbaru Ustaz Ebit Lew di laman instagram miliknya, ada seorang penonton yang mengikuti ceramahnya menangis kesal. Lelaki tersebut kesal dengan sikapnya yang sering kali buat salah dengan isteri biarpun si isteri sabar dan setia di sisi biarpun apa jua keadaannya.

Sumber Instagram

Sejurus selepas ditenangkan oleh Ustaz Ebit Lew, lelaki berkenaan terus pergi mendapatkan isterinya yang turut berada dalam majlis tersebut. Dia memeluk erat isterinya dan memohon maaf segala kesilapan sepanjang mereka bersama. Aksi yang menyayat hati berkenaan mendapat perhatian ramai penonton ketika itu yang turut sedih dan beremosi. Dia sanggup jatuhkan ego dan akui kesilapannya terhadap si isteri.

“Terkejut sangat sebak tadi petang saya tanya siapa pernah rasa putus asa dan rasa baik mati jer. Terasa nak mati?..”

KEHILANGAN KERJA

“Seorang abang ni,cerita betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja. Saya dekat dan bisik padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibubapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis..”

ISTERI SENTIASA ADA DI SISI

“Selepas itu abang tu tanpa selipar terus berlari ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. MasyaAllah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah..”

TAK JADI BERPISAH

“Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa-ebitlew..” Tulis panjang Ustaz Ebit Lew di laman instagramnya.

KREDIT VIDEO

 

View this post on Instagram

 

Terkejut sangat sebak tadi petang saya tanya siapa pernah rasa putus asa dan rasa baik mati jer. Terasa nak mati? . Seorang abang ni,cerita betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja. Saya dekat dan bisik padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibubapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis. . Selepas itu abang tu tanpa selipar terus berlari ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. MasyaAllah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah . Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa-ebitlew . Doakan esok Ahad di Kuantan Dewan Jubli Perak 8pg5ptg Minggu Depan Melaka, Kota Bharu, Kota Kinabalu Kuching. Wasap office 0173666848 untuk pendaftaran

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Semoga dengan perkongsian ini membuka mata kita dalam sama-sama menghargai pasangan hidup biar suami mahupu isteri. Tidak dinafikan masing-masing ada kekurangan tersendiri tetapi ingat lah kembali niat asal tujuan perkahwinan yang dibina dalam menyatukan dua hati.

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *