Syurga di bawah kaki ibu! Lelaki ini buat kejutan kepada ibunya lebih dari girlfriendnya sendiri

Syurga di bawah telapak kaki ibu- Itulah ungkapan yang kita sering kali dengar dan sebagai seorang anak kita semestinya sangat menyayangi seorang insan bernama ibu yang sanggup bersusah payah 9 bulan mengandungkan kita seterusnya berpulas nyawa melahirkan kita kedunia.

Kasih sayang yang disampaikan kepada ibubapa daripada anak anak memang berbeza terutama ank yang bekerja di kota mencari rezeki untuk membalas jasa ibu bapa. Tanpa ibu bapa siapalah kita semua.

SURPRISED MAK MACAM SURPRISED GIRLFRIEND

Namun begitu berbeza dengan seorang remaja yang membuat kejutan kepada ibunya. Perkongsian ini telah di muat naik di laman facebook dan mendapat perhatian daripada ramai warga net. Momen yang begitu manis sekali membuat kejutan ketika mak sedang tidur.

Sumber Facebook

Remaja yang dikenali sebagai Momas Hasif ini memberikan maknya percutian 3 hari 2 malam ke Pulau Tioman yang ditemani olehnya. Kejutan itu jelas memberi seribu senyuman yang diukir oleh emaknya yang dikejutkan ketika sedang tidur.

Sumber Facebook

LEBIH BAIK BAHAGIAKAN IBU KITA SELAGI MAMPU

Tulis remaja yang bahasakan dir sebagai adik ini lagi, sebagai anak lebih baik kita bahagiakan ibu kita yang dah membesarkan kita sampai menjadi siapa kita pada hari ini. Perkara ini lagi baik daripada menghabiskan untuk sesuatu yang tak pasti.

Sumber Facebook

Memang jasa ibu tidak terbalas tetapi jika kita masih mampu membuat mereka tersenyum, adalah lebih baik.

Sumber Facebook

BERMESRA DENGAN IBU ADALAH WAKTU TERINDAH

Beberapa keping foto telah dikongsikan oleh remaja lelaki ini ketika percutiannya bersama ibu tercinta. Foto ini mendapat perhatian seluruh warganet kerana momen seperti itu sangat indah untuk dijadikan kenangan.

Sumber Facebook

Melihat ibu tersenyum riang itu sangat membuatkan kita bahagia. Lepas ni boleh lah kita buat kejutan kepada ibu masing masing ikut kemampuan kita bagi membuatkan mereka berasa dihargai setelah berliku ranjau kehidupan ditempuhi bagi membesarkan kita adik beradik.

Sumber : Momas Hasif 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *