Han Byul tak layak jadi juara Big Stage! Netizen pertikai keputusan juri & ini respon win Tok Ti

Semalam berakhirnya program realiti Big Stage 2019 yang dibawa secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam. Kali ini, peserta dari Korea Selatan iaitu Han Byul telahpun diangkat sebagai juara bagi musim kedua program ini.

Secara tidak langsung, dengan kemenangan peserta dari luar ini telah mengundang rasa tidak puas hati sesetengah netizen. Mereka menyifatkan yang Han Byul tidak layak untuk menjadi juara hanya semata-mata penanyi dari Negara lain.

Sumber Astro Gempak

HAN BYUL TAK LAYAK JADI JUARA

Menjengah ke ruangan media sosial, kita dapat lihat netizen mula pertikaikan dengan keputusan program ini seakan-akan negara kita kekurangan bakat nyanyian sehinggakan orang luar yang diangkat sebagai juaranya.

“Malaysia dah takde talent dah ke sampai our own singing competition pun orang luar menang.” Tulis salah seorang netizen.

Sumber Twitter

ORANG MALAYSIA RAMAI TASTE OPPA

Melihat kepada respon yang lain, ada yang turut mendakwa Han Byul ini bernasib baik kerana menang di undian online sahaja dan kalah kepada Neeta di undian juri tetap. Disebabkan ramai rakyat Malaysia yang mula gilakan artis kpop, mereka mengangkat Han Byul sebagai juaranya.

Sumber Twitter

 

Sumber Twitter

 

Sumber Astro Gempak

RESPON TOKTI

Memetik daripada mStar, Tok Ti merupakan salah seorang juri tetap bagi program ini memberi komen yang kemenangan Han Byul tak perlu disangkal. Ini kerana segala keputusan yang dibuat dinilai dari juri tetap dan juga juri jemputan.

“Sebagai juri dan dari pengalaman saya, muzik ini universal. Kita mempertaruhkan bakat dan berkongsi bakat di pentas ini. Buat apa kita buka penyertaan pada negara lain tapi kita nak juga peserta dari negara kita menang. Itu tidak ada persaingan namanya.

Persaingan yang sihat adalah kita menilai dengan telus dan jadikan ini sebagai salah satu daripada cabaran dan semangat buat artis-artis tanah air kita untuk belajar.” Jelas Tok Ti.

Seperti mana yang kita ketahui, pada program Big Stage pada kali terbuka kepada peserta Korea, Indonesia, Brunei dan lain-lain. Jadi apa yang menentukan hala tuju peserta adalah bakat yang ada pada diri sendiri ketika melakukan persembahan dan ianya ditentukan oleh juri.

Sumber: mStar Online, Twitter faliqfahmie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *