Yakin dengan kecantikan kulit hitam! 6 selebriti ini tampil bangga dan buktikan kejayaan tersendiri

Bila bercerita bab kecantikan, rata-rata masyarakat kita beranggapan kulit putih adalah penentunya. Hingga lah ramai yang tampil di media sosial menghukum para individu yang berkulit gelap ini. Atau lebih tepat lagi menjadi mangsa body shaming.

Ianya bukan perkara baru dan berlaku di seluruh dunia. Cuma dengan kehadiran teknologi di hujung jari membuatkan perspektif negatif masyarakat ini lebih jelas kelihatan. Mereka berani membandingkan seseorang itu dengan pelbagai bentuk sehingga kan wujud perasaan depresi dalam diri mangsa.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah selebriti yang tampil berani biar pun berkulit gelap. Mereka membuktikan kejayaan dan kecantikan seseorang bukan diertikan dengan warna kulit semata-mata. Yang penting potensi kejayaan lahir dari bakat sebenar.

1. Dayang Nurfaizah

Nama Dayang ini tidak asing lagi dalam industri hiburan. Dengan berbekalkan wajah yang gelap, Dayang memberitahu itu adalah anugerah yang terbaik dan dianggap manis serta cantik untuk dipandang. Berbanding dengan rawatan pemutihan kulit, baginya itu adalah karut. Yang penting kita perlu menjaganya agar tidak kusam dan tidak berjerawat.

2. Nourul Wahab

Nourul antara salah seorang artis yang memiliki suami mat saleh. Dia juga antara yang pernah menegur netizen yang komen berunsurkan diskriminasi kulit di laman instagramnya terdahulu. Malah dia turut berbangga dengan tona kulit gelap yang dimiliki kerana keistimewaan seseorang adalah pada diri sendiri mengharga diri.

3. Yuna

Yuna kini mula mencipta nama di pasaran Amerika Syarikat. Itu antara yang paling boleh dibanggakan rakyat Malaysia. Dia pernah mengaku bahawa selalu tidak yakin dengan dirinya dulu disebabkan memiliki kulit yang gelap. Namun akhirnya dia menidakkan semua itu apabila kini berjaya mencipta nama dengan caranya tersendiri menerusi bakat nyanyian.

4. Ainul Aishah

Yess penulis boleh katakan Ainul merupakan seorang yang berani. Sering tampil dengan pemakaian yang terdedah dalam laman sosialnya. Bagi Ainul dia menjelaskan dia amat selesa memiliki wajah dan tona kulit gelap. Baginya, itu adalah unik dan seksi berbanding kulit putih.

5. Dr Amalina Che Bakri

Ingat lagi tak dengan pelajar cemerlang SPM pada tahun 2004? Dr Amalina ini telah mengejutkan rakyat Malaysia pada tahun tersebut apabila memperoleh 17 A1 untuk kesemua subjek yang diambilnya. Kini dia mula menjadi perhatian bukan hanya kebijaksanaan yang dimiliki malah rupa parasnya yang cantik biarpun berwajah gelap.

Dengan memiliki wajah yang eksotik, Dr Amalina sebelum ini pernah menyelar pihak dan usahawan kecantikan yang menggunakan produk tanpa kelulusan untuk meraih pendapatan jalan singkat.

6. Nabila Huda

Anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini sememangnya cantik biarpun dikategorikan berkulit gelap. Nabila Huda sendiri akui tidak setuju dengan produk yang ada dipasaran semata-mata hanya untuk memutihkan kulit. Baginya produk pemutihan ini memberikan kesan buruk kepada pengguna dalam jangka panjang.

Kesimpulannya, kecantikan seseorang bukan didefinisi berdasarkan warna kulit semata-mata. Kecantikan bukan hadir dalam bentuk luaran fizikal, malah faktor dalaman perlu diambil kira. Walau berkulit putih tetapi memiliki hati yang busuk, ianya tidak memberikan apa-apa makna sebagai cantik.

Sumber: mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *