Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hujung minggu memang hari yang dinantikan oleh semua sebab hanya satu satunya hari untuk bersama keluarga terutamanya kepada yang bekerjaya. Waktu bekerja setiap orang tu berbeza ada yang kerja Isnin sampai Jumaat dan ada juga yang waktu kerjanya sampai Sabtu.
Dan kebanyakannya Ahad lah hari nak tunjuk skill memasak dan makan bersama keluarga tercinta. Kita rakyat Malaysia ni mesti suka makan Tom yam kan terutamanya makan tomyam kedai lampu warna warni iaitu kedai Thai, memang kaw kaw sedap.
TOM YAM CARA KEDAI LAMPU WARNA WARNI A.K.A THAI TOM YAM
Thai Tom Yam ni tak semua orang pandai buat sama rasanya, tapi boleh lah try ikut cara ni yang telah dikongsikan oleh Datin Isma Tia melalui laman Instagram miliknya.
BAHAN BAHAN THAI TOM YAM
Bahan bahan yang diperlukan ni memang senang didapati kat mana mana pun pasaraya di Malaysia ni, so taka da alasan lagi nak makan tomyam macam di kedai dirumah masing masing.
CARA CARA SIMPLE JE
1. Masukkan air kedalam kuali, pakai kuali senang masak. Akar ketumbar dan sedikit batang dimasukkan kedalam air bersama lengkuas, potongan serai, cili yang diketuk, dan juga sebiji tomato. Tomato ini adalah bagi memaniskan dan memekatkan kuah.
2. Setelah itu, masukkan pes tom yam thai 3 sudu makan atau lebih ikut citarasa sendiri.
3. Apabila sudah mereneh, masukkan lauk (ayam/ daging) yang sukar masak untuk direneh bersama sup, jika seafood eloklah masuk sekejap je baru firm sedap.
4. Masukkan sayur sayuran (cendawan) supaya masak elok
5. Potong bawang dan masukkan, seterusnya tambah daun limau yang diramas supaya naik baunya.
6. Masukkan perasa seperti sos ikan daan setengah sudu palm sugar.
7. Seterusnya apabila sudah siap dan rasa sudah sedap, tutupkan api dan masukkan susu cair supaya ianya pekat dan kaw, akhir sekali, taburkan hirisan daun ketumbar dan sedia untuk dimakan.
Fuhh senangnya nak masak tom yam thai ni, sekejap je 30 minit dah boleh makan. Makan dengan nasi atau bihun dihujung minggu memang enak sangat. Selamat mencuba dan share foto masakan anda semua!
Sumber : Instagram masakwithpassion