Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Guna Biskut Marie Je! Inilah Resepi Puding Batik, Senang Dibuat & Enak Dimakan Sebagai Pencuci Mulut

Kek batik merupakan salah satu kek yang sangat diminati oleh rata rata rakyat Malaysia kerana sangat mudah untuk disediakan, bahannya tidaklah rumit. Kek batik ialah sejenis kek yang dibuat menggunakan biskut marie. Berbeza dengan perkongsian kali ini, kita nak tengok resepi Puding Biskut Marie.

NAMA DAN RUPA HAMPIR SAMA TETAPI TEKSTUR YANG BERBEZA

Kalau nak ikutkan nama dan rupa kek batik dan pudding biskut marie ni memanglah hampi sama, begitu juga dengan warnanya. Namun begitu, tekstur keduanya adalah sangat berbeza kerana pudding ialah daripada agar agar atau gelatin.

Tular di laman sosial mengenai pudding biskut marie yang mempunyai rupa yang cantic dengan susunan biskut marie dianta pudding itu menarik minat warganet.

Resepi pudding biskut marie ini menggunakan bahan yang mudah didapati di supermarket dan sesuai dijadikan pencuci mulut rakyat Malaysia. Boleh lah dibuat sebagai untuk menjamu tetamu yang datang bertandang kerumah kita, rupa pun cantik, rasanya juga sangat enak dan lembut.

Saudari Aisyah Muhammad telah membuat perkongsian pudding yang menjadi viral di laman sosial, jom kita tengok macam mana:

RESEPI PUDING BISKUT MARIE TERSUSUN KEMAS

BAHAN BAHAN NYA

  • 200gm biskut marie.
  • 10gm agar agar serbuk.
  • 2 ½ cawan air masak.
  • 1 cawan susu cair.
  • 1/2 cawan tepung kastard.
  • 1 biji telur.
  • ½ buu mentega buttercup.
  • 6 sudu serbuk kok.
  • 8 sudu makan milo.
  • Sedikit esen vanilla.

CARA CARA YANG SIMPLE

  1. Kisar gunakan pengisar (susu cair, susu pekat manis, telur, esen vanilla dan juag tepung kastard) sehingga sebati
  2. Ketepikan adunan yang dikisar.
  3. Bancuh serbuk koko dan milo bersama sedikit air suam supaya sebati dan tidak berketul.
  4. Ketepikan bahan yang dibancuh.
  5. Masukkan air kedalam periuk bersama serbuk agar agar dan masak sehingga mendidih.
  6. Tambahkan mentega dan kacau sehingga ianya cair.
  7. Kemudian, masukkan adunan yang dikisar dan kacau perlahan dengan api yang sederhana.
  8. Setelah pekat, masukkan bancuhan serbuk koko bersama milo tadi dan terus kacau.
  9. Kacau sehingga adunan semuanya sebati dan berkilat, meletup dan boleh lah padamkan api.
  10. Kemudian sediakan Loyang yang dialas bersama plastik.
  11. Seterusnya masukkan adunan yang dimasak tadi berselang seli dengan biskut marie.
  12. Buat susunan dan lapisan mengikut kreatifiti anda.
  13. Setelah selesai, sejukkan pudding selama 4 jam sebelum dimakan.

Begini lah senangnya nak buat pudding yang enak, anda juga boleh menghias pudding ikut cita rasa anda sendiri. Resepi yang dikongsikan ini adalah yang kurang manis, dan anda boleh masukkan susu pekat bagi menambah rasa. Jom sama sama cuba!

Sumber: Aisyah Muhammad

Kongsi artikel ini: