Bosan duduk kat rumah dan malas untuk keluar? Penulis cadangkan anda cuba ringankan tulang untuk mencuba resepi Donut Bomboloni yang dikongsikan ini. Sebelum itu biar penulis ceritakan serba sedikit tentang sejarah silam donut Bomboloni ini.

Sebenarnya ia sejenis donut biasa seperti yang kita kenali tetapi telah dinaik taraf atau dari segi bahasa lain dimodenkan dengan penambahan pelbagai perasa mengikut kesukaan anda seperti strawberi, coklat, nutella dan macam macam lagi. Selain itu, dahulu kita kenal donut akan berlubang di bahagian tengah tetapi untuk bomboloni ini sebaliknya.

MENJADI FENOMENA

Donut Bomboloni ini boleh dikatakan menjadi fenomena buat masa sekarang. Kita dapat melihat permintaan tinggi daripada pengguna sehinggakan banyak gerai kuih muih mula memasarkannya dengan harga yang agak tinggi.

Pada kali ini, penulis ingin berkongsikan resepi dari seorang wanita yang dikenali sebagai Rahimah Anuar di laman facebooknya. Apa yang menarik, resepi Donut Bomboloni ini sangat mudah untuk dibuta dan juga dijamin menjadi secara tak langsung tidak membazirkan masa anda. Berikut adalah resepinya yang sedap dan gebu:

Resepi Donut Bomboloni yang sedap dan gebu

RESEPI DONUT BOMBOLONI GEBU

Dengan resepi ini anda juga boleh membuat pelbagai jenis donut:

  1. Donut Ring (ataupun Donut biase).
  2. Donut Bomboloni Nutella.
  3. Donut topping (mengikut perasa kegamaran masing-masing).
  4. Donut sambal.
  5. Mini burger sambal.
  6. Thai bread.

Dengan resepi ini juga saya berniaga dengan harga 70sen dan keatas. Harga mengikut jenis donut dan inti atau topping yang diletakkan di dalam donut.

Resepi ini untuk 20 biji donut dan ukuran mengikut cawan metrik bukan cawan kopi biasa.

Bahan A

1. 1 paket yis kering (11g)
2. 2 sudu makan susu pekat
3. 1 1/2 cawan air suam (anggaran 310-320g)
4. 2 sudu makan gula

Bahan B

1. 4 cawan tepung gandum (540g)
2. 2 sudu makan marjerin (50g)
3. 2 sudu kecil baking powder
4. 1 sudu kecil garam

CARA-CARA MEMBUATNYA UNTUK JADI GEBU:

  1. Campurkan semua bahan A ini dan biarkan ia kembang.
  2. Ramaskan bahan B sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Apabila ia telah menjadi seperti serbuk roti, masukkan Bahan B dan gaul sehingga adunan rata.
  4. Jika adunan menjadi sedikit lembik jangan tambah tepung.
  5. Jika adunan kurang air boleh tambah sedikit air.
  6. Pastikan adunan masih melekat ditangan.
  7. Biarkan selama 1 jam.
  8. Pastikan adunan disimpan di dalam bekas yang bertutup rapat atau boleh letak dalam bekas antikedap.
  9. Selepas 1 jam, tumbuk adunan tadi untuk mengeluarkan angin.
  10. Kemudian timbang anggaran 40g.
  11. Bulatkan doh dan biarkan doh kembang seketika.
  12. Seterusnya, lubangkan doh untuk kita isi topping\inti dibahagian tengah.
  13. Biarkan selama 10 minit.
  14. Doh boleh digoreng. Pastikan minyak panas dan goreng dengan api yang sederhana.
Donut Bomboloni yang telah siap digoreng

PIPEKAN TOPPING

1. Saya mengguna perisa nutella. Boleh isi perisa kegemaran masing masing.
2. Boleh juga guna cokelat spread (ada dijual di kedai bakery)
3. Lubangkan donat yang sudah agak suam suhunya dengan chopstick.
4. Kemudian pipekan nutella ke dalam donut.
5. Nutella saya isi dalam piping beg atau boleh guna plastik yang lubangkan di hujung.

Selamat mencuba!!

Semoga dengan perkongsian resepi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mengidam ataupun dikala ingin mengisi masa lapang. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Rahimah Anuar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here