Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ramai KAKI SONDOL! Che Ta risaukan keadaan suami, Zain Saidin semakin kacak. Ini pengakuannya

Semakin hari semakin bertambah kes keruntuhan perkahwinan dalam masyarakat kita. Tak kira lah masyarakat biasa bah kan selebriti turut menjadi mangsa. Selain dari kesefahaman suami isteri, wujud orang ketiga dalam perhubungan antara faktor lain yang memecah belahkan mereka.

Sumber Instagram

Orang ketiga ni lebih selesa dikenali sebagai kaki sondol. Ianya bukan lah perkara baru, telah ramai artis mula risau kan isu sebegini. Baru baru ini, pelakon cantik molek dari Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran (bekas suami Erra Fazira) ada berkongsikan status untuk tidak lagi memuat naik gambar suaminya di instagram dengan alasan takut ada yang berkenan.

CHE TA RISAU KAKI SONDOL

Terbaru, pelakon terkenal dan usahawan berjaya Rozita Che Wan atau lebih selesa disapa sebagai Che Ta turut meluahkan perkara yang sama. Dek kerana banyak kes sondol menyondol suami orang di media sosial, Che Ta mula merasa bimbang tentang keadaan suaminya, Zain Saidin.

Sumber Instagram

Perkara tersebut diluahkan menerusi posting di instagram miliknya yang mana dia mengatakan wanita zaman sekarang lebih berminat dengah suami orang untuk berebut berbanding yang masih single di luar sana.

“Makin elok plk laki kami ni, eh .. tk mau upload dh la gambaq.. takut ada yg bekenan.. org pompuan zaman la depa suka bekenan org punya .. atau dlm erti kata lain, beqebut hat org..” Tulis ringkas Che Ta di ruangan kepsyen.

Sumber Instagram

ADIK SENDIRI DUA KALI LIMA

Memang ada je salah kalau perkongsian dari artis popular seperti Che Ta ni. Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang memerli perkongsian Che Ta ini. Menurutnya Che Ta memuat naik status ini untuk ditujukan kepada adiknya sendiri yang jadi perampas. Agaknya siapa yang dimaksudkan oleh individu ini ek?

Sumber Instagram

 

Sumber Instagram

JANGAN DOAKAN PERKARA YANG TAK BAIK

Dalam pada lain, ada netizen yang menasihatkan agar Che Ta berprasangka baik dan jangan minta macam tu. Takutnya nanti orang yang tak terlintas nak berbuat demikian terus terdetik untuk miliki apa yang Che Ta ada.

Sumber Instagram

Sehingga kini Che Ta masih belum tampil menjelaskan bentuk ancaman sama ada menerima gangguan sedemikian mahu pun tidak. Apa pun sama sama kita doakan kebahagian buat rumah tangga mereka dan jadikan kisah sondol menyondol ini sebagai ikhtibar supaya ianya tidak terjadi dalam perhubungan kita.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Kongsi artikel ini: