Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Anak demam kembali bertenaga! Wanita ini kongsikan resepi SUP ANTIBIOTIK simple

Kasih sayang seorang ibu kepada anak tiada tolok bandingnya. Bak kata pepatah kasih ibu bawa ke syurga dan kasih ayah sepanjang masa. Ibu lah yang membawa kandungan selama 9 bulan dan bersusah payah dalam membesarkan si kecil. Tidak dinafikan hubungan ibu dan anak lebih erat berbanding dengan bapa.

Penat lelah tidak dihiraukan asalkan anak dapat dibesarkan dengan sebaik mungkin. Pengorbanan nyawa, masa, tenaga apatah lagi wang ringgit ditolak tepi asalkan si anak agar menjadi yang terbaik.

Melihat pula keadaan si kecil tak sihat, ibu lah orang yang pertama akan gelisah dan tak senang duduk. Jadi, sebagai ibu adakah anda bersedia untuk menghadapi situasi begini?

SUP ANTIBIOTIK UNTUK MERAWAT TENAGA

Sup antibiotik adalah salah satu jalan penyelesaian selain daripada ubat-ubatan dalam mengembalikan tenaga si kecil apabila demam. Puan Julia Daud ada berkogsikan cara menyediakannya agar tenaga si kecil cepat pulih.

Berikut adalah perkongsian asal:

Sejak beberapa hari ini, Wiyyah agak kurang sihat sebab demam dan batuk.Apabila anak kecik tidak sihat, mulalah mereka meragam dan tidak mempunyai selera makan.

Hati mak mana lah yang tidak risau bila anak sakit. Badan Wiyyah pun kelihatan letih,mukanya pun nampak lesu tidak bermaya. Doktor bekalkan ubat demam dan cair kahak untuk dia.

Kalau ibu-ibu rajin search di Google, tentu pernah terbaca tentang “sup antibiotik” kan?Menu sup begini memang sesuai untuk anak yang demam bagi mengembalikan tenaga dan merawat penyakit dengan izinNya.

BAHAN-BAHAN SUP ANTIBIOTIK

Sumber Facebook
  1. 5 biji buah pelaga.
  2. 5 -7 biji bunga cengkih.
  3. 5 ulas bawang putih, dicincang halus.
  4. 1 ulas bawang merah, dicincang halus.
  5. 3 biji lada hitam, dihancurkan.
  6. 1 batang lobak merah, dipotong dadu.
  7. 3 batang celery / ikan bilis.
  8. ayam / ikan /daging (sumber protien).
  9. sedikit daun sup atau daun bawang.
  10. 3 cawan air.

CARA MEMBUAT

1. Sediakan bahan seperti di gambar bersama 3 cawan air. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut cita rasa.

Sumber Facebook

2. Masukkan semua bahan ke dalam air yang telah direneh. Tunggu hingga mendidih.
Ibu- ibu boleh juga gunakan kaedah menumis, Tumiskan rempah ratus dan bawang dengan menggunakan unsalted butter atau minyak masak. Menumis guna Pure Olive Oil pon boleh.

3. Apabila lobak merah dan ayam dah empuk. Taburkan daun sup atau pon daun bawang.

Sumber Facebook

4. Hidangkan bersama karbohidrat samaada, bubur nasi, mee hoon,noodle pelbagai perisa ataupon pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menghidang.

Sumber Facebook

Siap, boleh dihidang pada anak. Selamat mencuba!

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak para ibu bapa dalam memulihkan si kecil yang sedang demam. Tak dinafikan ubat-ubatan adalah yang utama tetapi makanan rutin perlu diambil kira kerana pada ketika ini, selera anak berkurangan berbanding biasa.

Sumber: Facebook Julia Daud

Kongsi artikel ini: