Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[Foto] Asyik tayang body,berlakon kurang! Perkongsian gambar Ainul Aishah dibasuh netizen

Sejak kebelakangan ini, kita jarang melihat pelakon cantik manis, Ainul Aishah beraksi di kaca televisyen. Namun, itu tidak menjanjikan bahawa aktres ini kurang laku yer. Mungkin Ainul sibuk dengan rutin perniagaan yang diusahakannya.

Sumber Instagram

Bagi yang tidak mengenali Ainul Aishah ini, nama sebenarnya ialah Ainul Aishah binti Azizun dan dilahirkan pada 16 April 1985. Ainul berasal dan dibesarkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Aktres cantik ini mula mencipta nama dengan peranan lakonannya sebagai Marina dalam filem Histeria dan sebagai Baby dalam telenovela Lara Aishah.

Sumber Instagram

SERING TAMPIL MENYEKSAKAN MATA NETIZEN

Tidak dinafikan sebut je nama Ainul Aishah pasti netizen akan ingat dengan penampilannya yang agak terdedah. Terbaru, Ainul ada berkongsikan pengalaman bergambar menggunakan kamera iPhone 11 Pro di laman instagram miliknya.

Sumber Instagram

Namun, apa yang menarik perhatian adalah pakaian yang diperagakannya seolah-olah seperti berkemban. Seperti diduga, dengan pemakaian sedemikian pasti mengundang reaksi kurang enak daripada segelintir pengikut yang mempertikaikan penampilan yang agak menjolok mata.

Sumber Instagram

“In love with the quality of my new iphone 11 pro camera that has wide,ultra wide and telephoto lenses. Amazed with the results of every photos i took. It’s just as good as a real camera. Major love on this one..” Tulis Ainul di ruangan kepsyen instagramnya.

Sumber Instagram
Sumber Instagram

ARTIS PERASAN CANTIK

Menjengah ke ruangan komen, selain daripada komen-komen pujian daripada peminat, seperti biasa akan ada perspeksi kurang baik dari netizen kita apabila ada yang mengatakan Ainul Aishah ini perasan cantik dengan memuat naik gambar berkenaan.

Sumber Instagram

DAH TAK LAKU

Tak kurang juga, ada mulut sumbang mengatakan yang pelakon ini dah tak laku. So, dia jadikan imej seksi tayang badan untuk meraih perhatian ramai.

Sumber Instagram

Secara keseluruhannya, penulis nasihatkan lebih baik berhati-hati dalam menulis komen. Takut nanti memakan diri sendiri. Lately ni banyak isu komen netizen dibawa ke mahkamah gara-gara tak puas hati dengan teguran. Apa pun menegur tu biarlah dengan bahasa yang mudah diterima.

Sumber: Instagram Ainul Aishah

Kongsi artikel ini: